Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut dan Darat yang diumumkan Kerajaan Negeri Johor masih dibuka untuk permohonan.
Nelayan laut dan darat yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 16 Jun 2022 menerusi borang yang disediakan.
Senarai Kandungan
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang layak adalah sebanyak RM300.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama ke Jabatan Perikanan Daerah ialah:
- Kad Pengenalan bagi tujuan verifkasi
- Borang permohonan yang lengkap
- Salinan MyKad Biru yang disahkan
- Salinan lesen vesel dan peralatan menangkap ikan / lessen menangkap ikan darat yang sah tempoh
- Salinan Kad Nelayan yang sah tempoh (bagi nelayan laut sahaja)
- Penyata akuan yang aktif dan disahkan oleh bank berkenaan
- Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan ialah nelayan laut dan darat yang ingin memohon mestilah berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Johor.
Baca juga: Bantuan Kasih Bangsa Johor i-BERKAT
Cara Memohon
- Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang boleh diperoleh di Jabatan Perikanan Daerah yang berhampiran.
- Untuk mengetahui lokasi Jabatan Perikanan Daerah yang berhampiran, sila layari pautan berikut https://www.dof.gov.my/hubungi-kami/lokasi-pejabat-perikanan-daerah/.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut dan Darat ini boleh dirujuk melalui laman Facebook Pejabat Perikanan Negeri Johor iaitu https://www.facebook.com/PejabatPerikananNegeriJohor/.