Bantuan Kanak-Kanak JKM Sehingga RM1,000 Sebulan 2021 – Permohonan Masih Dibuka!


Berita baik! bagi ibubapa dan penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun dan ke bawah, anda adalah layak untuk memohon Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 maksimum sebulan untuk satu keluarga anda.


BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 2021

Adakah anda sedia maklum? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 merupakan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperkenalkan dengan harapan dapat membantu keluarga, penjaga & kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka & mendapat jagaan yang sempurna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding dengan sebelum ini hanya RM450 sahaja.

Portal Malaysia ingin berkongsi cara permohonan Bantuan Kanak – Kanak 2021.


Baca Juga : Permohonan Bantuan i-Suri KWSP RM480 Untuk Suri Rumah

Dibawah merupakan perubahan jumlah BKK yang dahulu berbanding dengan tahun 2021:

Jumlah BKK lama Jumlah BKK 2021
  • Maksimum seorang anak hanya akan menerima RM100.
  • Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun – 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapat RM200 sebulan seorang.
  • Maksimum hanya sebanyak RM1000 sebulan untuk sebuah keluarga

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia & bermastautin di Malaysia sahaja.
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa bagi satu keluarga.
  3. Kanak-kanak mestilah berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  4. Mana-mana kes yang sangat memerlukan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat sahaja.

CARA MEMOHON

Berikut adalah cara permohonan BKK 2021 :-


  1. Boleh layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  2. Sila cetak Borang Permohonan anda.
  3. Sila cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat sebarang kemaskini baharu.

Baca Juga: Bakul Prihatin Negara 2021 : Cara Mohon & Muat Turun Borang!

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan Bantuan Kanak-kanak dalam membuat permohonan anda, boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan cara dibawah:

  • Talian rasmi 03-8000 8000
  • Boleh terus ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah berdekatan anda.



Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3