Bantuan Kad Kesihatan Untuk Rakyat Selangor


Kerajaan Selangor telah menawarkan kad keahlian (Kad Peduli Sihat Selangor) kepada penduduk Selangor yang untuk mendapatkan bantuan kesihatan.

Pemegang Kad Peduli Sihat Selangor layak menerima rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang mengikut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.

Baca juga:

Kategori Penerima:


Kad bantuan ini mempunyai dua kategori penerima:

Kategori A:

  • Untuk suami dan / atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun).
  • Pendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah sebulan.

Kategori B:

  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
  • Pendapatan individu RM1,500.00 ke bawah sebulan.

Kelebihan Penerima:


  • Mendapat isi kad bernilai RM200.00 sehingga RM500.00 setahun.
  • Had gunaan RM50 setiap kali rawatan.
  • Tiada had untuk jenis rawatan dan perubatan.
  • 1 kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan untuk satu keluarga di atas nama pemegang akaun utama (bagi kategori A).
  • 1 kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan kepada seorang individu di atas nama pemegang akaun (bagi kategori B).

Syarat Kelayakan:


Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  3. Pendapatan seisi rumah pemohon mestilah RM3000 dan ke bawah bagi pemohon Kategori A (Keluarga).
  4. Pendapatan pemohon mestilah RM1500 dan ke bawah bagi pemohon Kategori B (Individu).

Cara Permohonan:


Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Pendaftaran secara manual boleh dibuat melalui Pejabat Dewan Negeri Selangor atau Penyelaras Dewan Negeri Selangor.

Langkah 2: Layari laman sesawang Peduli Sihat untuk langkah pendaftaran.

Dokumen Sokongan:


Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan:

  1. 1 Salinan pendaftaran sebagai pemohon BSH atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.
  2. 1 Salinan bukti penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Lokasi Klinik Terpilih


Berikut adalah senarai penuh klinik panel untuk rujukan.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03 – 5525 6600 atau e-mel : [email protected].




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3