Home » Bantuan » Bantuan JKM: Cara Pendaftaran, Semakan & Kategori Kelayakan OKU 2021

Bantuan JKM: Cara Pendaftaran, Semakan & Kategori Kelayakan OKU 2021

Cara Pendaftaran, Semakan & Kategori Kelayakan OKU 2021 Bantuan JKM

Untuk Makluman anda semua, terdapat 7 kategori OKU yang akan dipertimbangkan bagi pendaftaran & juga penyaluran bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Portal malaysia ingin kongsikan 7 kategori tersebut & cara membuat permohonan bantuan JKM secara online.

7 Kategori OKU

  • KATEGORI 1

Kategori OKU yang pertama adalah OKU fizikal yang bermaksud keadaan di mana berlaku kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuklah kehilangan tangan, kaki, jari tangan ataupun jari kiri.

  • KATEGORI 2

Kategori OKU yang kedua adalah OKU penglihatan di mana seseorang individu tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata.

  • KATEGORI 3

Kategori OKU ketiga adalah OKU pendengaran di mana seseorang individu tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.

  • KATEGORI 4

Kategori OKU keempat adalah OKU pertuturan di mana seseorang individu tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh orang yang berinteraksi dengannya.

  • KATEGORI 5

Kategori kelima adalah OKU mental yang melibatkan individu mempunyai masalah penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri.

Individu yang mengalami ketidakupayaan jenis ini tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat.

  • KATEGORI 6

Kategori OKU keenam adalah OKU Pelbagai iaitu melibatkan individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.

  • KATEGORI 7

Kategori OKU yang ketujuh adalah OKU pembelajaran di mana seseorang individu mempunyai masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usianya. Contoh OKU pembelajaran adalah seperti Autisme, Sindrom Down, ADHD dan sebagainya.

Baca juga: eGUMIS ANM : Semakan Wang Tidak Dituntut Login Online

Senarai Bantuan OKU JKM 2021

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada ahli masyarakat di mana mereka juga mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

1. ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)

KADAR

RM450 sebulan seorang.

TUJUAN

Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Pemegang kad OKU JKM;
  4. Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.

BORANG YANG BERKAITAN

2. BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

KADAR

RM300 seorang sebulan.

TUJUAN

1. Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.
2. Mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Pemegang Kad OKU JKM;
  4. Tidak berupaya bekerja.
  5. Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
    • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa ATAU
  7. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

BORANG YANG BERKAITAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  3. Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019

3. BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)

KADAR

RM500 sebulan seorang.

TUJUAN

  1. Meringankan bebanan keluarga/ penjaga
  2. Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

BORANG YANG BERKAITAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Bersamalah kita menghormati hak dan keistimewaan Orang Kurang Upaya (OKU).

Baca juga: BKSS 6.0: Semakan Kelayakan Dan Status Pembayaran Online

CARA PERMOHONAN

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini tentang Bantuan Orang Tua ataupun Warga Emas (BoT) dan juga bantuan-bantuan lain, boleh layari laman web JKM di http://www.jkm.gov.my/ atau Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Jika anda ingin mengajukan sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui saluran dibawah:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya
  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045
Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Bantuan JKM: Cara Pendaftaran, Semakan & Kategori Kelayakan OKU 2021” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!