Tarikh Bayaran Bantuan JKM Mei 2022


Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil inisiatif melaksanakan pembayaran untuk bulan Mei lebih awal.

Kami berkongsi dengan anda maklumat terkini pembayaran Bantuan JKM pada Mei 2022 sempena Sambutan Aidilfitri.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Tarikh Pembayaran Bantuan Mei 2022

Untuk makluman semua, bayaran bantuan bulanan JKM bagi bulan Mei 2022 akan dikreditkan kepada penerima bermula:

25 hingga 30 April 2022

Bayaran untuk bulan Jun 2022 pula akan dikreditkan mengikut tarikh asal iaitu antara 1 hingga 10 Jun 2022.

Senarai Bantuan Yang Boleh Anda Mohon Daripada JKM

1. Bantuan Suri Rumah RM480

Suri rumah akan menerima insentif caruman sebanyak RM480 ​​yang telah bermula sejak 2019 dan tahun-tahun berikutnya. Selain itu, bantuan kematian turut disediakan dalam insentif i-Suri sebanyak RM2500.

Cara Memohon Bantuan Suri Rumah 2022: Bantuan Suri Rumah

2. Bantuan Kanak-Kanak

Tahukah anda, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan anak-anak untuk terus hidup dan mendapat penjagaan yang sewajarnya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, mengumumkan peningkatan jumlah bantuan kepada RM1000 berbanding RM450 sebelum ini.

Cara Memohon Bantuan Anak RM1,000: Bantuan Kanak-kanak

3. Bantuan Warga Emas RM500

Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Warga Emas akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Panduan Memohon Bantuan Warga Emas RM500: Bantuan Warga Emas

Maklumat lanjut

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.


No. Tel: 03-8000 8000

Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Tarikh Bayaran Bantuan JKM Mei 2022” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia