Bantuan JKM Ditambah Sehingga RM 500 Seorang Bajet Belanjawan 2021
Berita baik di pembentangan bajet Belanjawan 2021 lalu, Menteri Kewangan telah membuat pengunguman bahawa terdapat penambahan jumlah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan dilaksanakan bermula Januari 2021.
Jumlah bantuan yang ditambah iaitu meliputi bantuan kanak-kanak, bantuan orang tua dan juga bantuan Orang Kurang Upaya (OKU).
Portal Malaysia akan sentiasa membantu anda mengemaskini maklumat terkini dan bantuan dari kerajaan.
Baca Juga : Bantuan Subsidi Pembelian Telefon Pintar RM300
Senarai Bantuan JKM Baharu
1. Bantuan Kanak-Kanak dari Keluarga Miskin
Penambahan bantuan kanak-kanak dari RM 100 seorang kepada RM 150 dan RM 200
- Kanak-kanak yang berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat bantuan RM 150 seorang.
- Kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan kebawah mendapat bantuan RM 200 seorang.
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan
- Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan.
Baca juga : Bayaran GKP PERMAI RM1,000
2. Bantuan Warga Emas / Orang Tua
Penambahan kadar bantuan warga emas daripada RM 350 seorang kepada RM 500 seorang.
- Penerima bantuan JKM warga emas, anda akan menerima bantuan sebanyak RM 500 sebulan bermula dari tahun 2021
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan
- Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- hendaklah berumur 60 tahun dan ke atas
- Tidak tinggal di institusi JKM/ pusat jagaan harian.
3. Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Kronik Terlantar
Penambahan kadar bantuan penjagaan OKU / Pesakit kronik terlantar dari RM 350 seorang kepada RM 500 seorang.
- Kepada penerima bantuan JKM penjagaan OKU atau penjagaan pesakit kronik terlantar, anda boleh menerima bantuan sebanyak RM 500 sebulan bermula dari tahun 2021
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa kepada OKU yang terlantar atau pesakit kronik hingga memerlukan penjagaan rapi.
- Pendapatan pemohon/penjaga tidak melebihi RM 3,000 sebulan
4. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
Penambahan kadar bantuan OKU tidak berupaya untuk bekerja dari RM 250 seorang kepada RM 300 seorang.
- Kepada penerima bantuan JKM OKU yang tidak Berupaya Bekerja, anda akan menerima bantuan sebanyak RM 300 sebulan bermula dari tahun 2021
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan
- Tidak berdaya untuk bekerja
- Pemegang sah kad OKU
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut bantuan JKM boleh ke portal rasmi mereka https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
Anda boleh hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di nombor berikut:
03 – 8000 8000
Related Posts
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- BKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui
- Semak Kelayakan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) Melalui Portal e-Kasih
- Semak Kelayakan Skim Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan Bagi Tahun 2022
- Mohon Bantuan RM1,000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020