Home » Bantuan » IMSTART: Cara Mohon Bantuan RM10,000 Untuk Peniaga / PKS (Iskandar Malaysia Startup Grant)

IMSTART: Cara Mohon Bantuan RM10,000 Untuk Peniaga / PKS (Iskandar Malaysia Startup Grant)

Bantuan RM10,000 Untuk Peniaga / PKS (Iskandar Malaysia Startup Grant)

Jom mohon geran anjuran dari Iskandar Malaysia iaitu program ‘Iskandar Malaysia Startup Grant’ ataupun dikenali juga sebagai ‘IMSTART’ yang khusus untuk kembangkan perniagaan secara digital bagi peniaga individu atau Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di Johor sempena ‘Kempen Peringatan 15 tahun Iskandar Malaysia (IM15CC)

Dengan peruntukan sebanyak RM2,000,000 seramai 200 individu & peniaga di bawah kategori Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) bakal memperoleh manfaat bantuan sehingga RM10,000 bagi setiap perniagaan.

Portal Malaysia ingin kongsikan lebih lanjut untuk makluman semua.

Apakah IMSTART?

Iskandar Malaysia StartUp Grant (IMSTART) merupakan inisiatif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berbentuk geran ‘one-off’ yang bernilai maksimum sehingga RM 10,000.

Peruntukan khas ini diwujudkan untuk membantu usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana (SME) yang menjalankan perniagaan di Negeri Johor dan kepada individu yang berusaha untuk memulakan perniagaan secara atas talian.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

Baca juga: Pendaftaran & Pembaharuan SSM Online Semasa PKP, Tidak Perlu Ke Kaunter!

Tarikh Tutup Permohonan

  • Tarikh tutup permohonan geran ini adalah 15 September 2021
  • Permohonan yang berjaya akan menerima notifikasi melalui e-mel yang telah didaftarkan

Syarat-Syarat Permohonan Iskandar Malaysia Startup Grant

  1. Permohonan terbuka untuk usahawan & individu yang mengendalikan perniagaan di negeri Johor sahaja
  2. Permohonan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun – 45 tahun sahaja
  3. Perniagaan atas talian yang baru atau sedia ada sejak Mac 2020
  4. Perniagaan baru perlu berdaftar dengan SSM dan juga platform e-dagang
  5. Aktiviti perniagaan yang patuh Syariah
  6. Geran ini hanya untuk pembelian stok produk,keperluan asas premis operasi e-dagang dan peralatan digital sahaja (Pembelian Telefon bimbit tidak termasuk)
  7. Pemohon hendaklah menyerahkan sebutharga di atas nama pemohon atau syarikat dari pembekal yang tidak melebihi RM 10,000.00
  8. Bantuan ini hanya disediakan untuk 200 individu atau pemilik syarikat yang terawal & layak sahaja

Baca juga: 16 Cara Pengeluaran Wang Selain i-Citra & i-Sinar KWSP

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang disediakan adalah berbentuk geran iaitu secara ‘one-off’ yang bernilai maksimum sehingga RM 10,000.

Cara Permohonan IMSTART 2021

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui pautan ini: forms.office.com/r/MPUcB5apAB 

Maklumat Lanjut

Anda boleh link diabwah untuk info lebih lanjut,
https://www.facebook.com/IskandarMalaysiaOfficial/posts/4380477835376230 

FB Page: https://www.facebook.com/IskandarMalaysiaOfficial

Instagram: https://www.instagram.com/iskandarmalaysia/ 

Penafian – Bahan artikel admin share dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan yang related dengan “IMSTART: Cara Mohon Bantuan RM10,000 Untuk Peniaga / PKS (Iskandar Malaysia Startup Grant)” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!