Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Sebanyak RM450


Bantuan Ibu Bersalin Sarawak (BIB) sebanyak RM450 kepada ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak.

Syarat dan Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
  • Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.

Mohon juga: Bantuan Suri Rumah, Jom Mohon i-Suri KWSP 2022 Bantuan RM480

Dokumen diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan/Pasport Pemohon (Depan dan Belakang);
  2. Salinan Kad Pengenalan/Pasport Suami/Penjaga (Depan dan Belakang);
  3. Salinan Sijil Perkahwinan Sekiranya Pemohon Bukan Berstatus ‘K’;
  4. Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Muka Hadapan);
  5. Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon;
  6. Salinan Pengesahan Doktor / Nota Discaj / Sijil Lahir Bayi

(Nota: Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas /Ketua Kaum/Ketua Masyarakat).

Cara Permohonan

Permohonan BIB boleh dibuat secara online dan manual seperti berikut:

Permohonan Online

Permohonan dibuat melalui aplikasi iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store

Manual

Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, KPWK (Kuching sahaja).

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Ibu Bersalin Sarawak, anda boleh hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau e-mel ke [email protected]


Website : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/

Penafian – Semua yang kami share diatas hanyalah panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Sebanyak RM450” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia