Bantuan i-Fitri Untuk B40 Dan M40 Terengganu sehingga RM400


Berita baik bagi rakyat Negeri Terengganu, Bantuan i-Fitri bakal diberikan oleh kerajaan Terengganu sebagai ‘Duit Raya’ kepada rakyat Terengganu khususnya.

Peruntukan sebanyak RM33.4 juta akan disediakan. Menerusi bantuan i-Fitri ini, seramai 31,500 isi rumah miskin manakala 83,500 lagi bagi isi rumah berpendapatan antara RM2500 hingga RM5000 bakal menerima manfaatnya.

Baca juga:

Tujuan Bantuan:

Berikut merupakan tujuan bantuan untuk rakyat Terengganu:

  1. Membantu isi rumah B40 dan M40.
  2. Memanfaatkan isi rumah.
  3. Memberi kegembiraan untuk meraikan Aidilfitri dengan meriah.
  4. Memberi manfaat kepada golongan belia, mahasiswa dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Kadar Bantuan:

Berikut adalah kadar bantuan i-fitri untuk rakyat Terengganu:


  1. Golongan B40 – RM400.
  2. Golongan M40 – RM250.

Bantuan Lain:

  1. Isteri Ketua Rumah Berdaftar (e-Kasih):
    – Bantuan one-off RM150.
  2. Ibu Tunggal Berpendapatan < RM2500:
    – Bantuan one-off RM150.
  3. Bujang 18 – 39 Tahun:
    – Bantuan one-off RM150.
  4. Mahasiswa Isi Rumah Berpendapatan RM4000 Kebawah:
    – Bantuan one-off RM150.
  5. Orang Kurang Upaya (OKU):
    – Bantuan one-off RM150.

Tarikh Agihan Bantuan:

Bantuan i-Fitri akan dilaksanakan menjelang Aidilfitri 2022.

Cara Permohonan:

Cara permohonan bantuan i-Fitri ini belum diumumkan dan akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Buat masa sekarang masih belum ada makluman rasmi mengenainya.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan i-Fitri ini, sila rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu 2022.

Disclaimers – Bahan artikel admin share dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Bantuan i-Fitri Untuk B40 Dan M40 Terengganu sehingga RM400” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia