Home » Bantuan » Permohonan Bantuan Geran Bumiputera (SUPERB) Sehingga RM500k

Permohonan Bantuan Geran Bumiputera (SUPERB) Sehingga RM500k

Usahawan yang ingin mengembangkan pasaran ke luar negara kini boleh memohon bantuan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB 2021) yang dibuka sejak 17 Oktober lalu.

Permohonan boleh dibuat di laman sesawang superb.teraju.gov.my.

Lebih menarik, menerusi program inisiatif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ini, usahawan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan sehingga RM500,000.

Pengarah Penyampaian Strategik (Ekuiti Korporat & Keusahawanan) TERAJU, Rafaiq Bakri Zakaria berkata, SUPERB mencari produk dan servis daripada usahawan inovatif, berdaya saing dan boleh dibawa ke peringkat antarabangsa.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

“Kita tengok ekosistem rantaian bekalan secara keseluruhan dan kita lihat campur tangan strategik. Bawah saya, Usahawan dan Ekuiti Korporat, kita tengok ‘startup’ dan juga rantaian bekalan Bumiputera.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Kita bantu mereka untuk berkembang dan kita lihat keseluruhan rantaian bekalan Bumiputera. Bila mereka dah berkembang, kita lihat bagaimana untuk masukkan mereka dalam rantaian itu. Jadi, perjalanan mereka bergerak di situ.

SUPERB 2021 turut membuka kuota lain memandangkan usahawan mempunyai kepakaran masing-masing.

Katanya lagi, TERAJU kini bekerjasama dengan pelbagai agensi malah mereka juga mempunyai data dan analisis lengkap yang boleh menjadi panduan terutamanya memenuhi keperluan rantaian bekalan.

“Matlamat kami, bukan hanya yang dapat geran, yang tidak dapat geran pun kita tolong. Jadi bila perniagaan mereka sudah berkembang, dia akan tahu berkenaan banyak maklumat,” katanya.

Baca juga: Musaadah Tijariyyah 2.0 : Permohonan Bantuan Modal Perniagaan RM3,000

Disclaimers – Semua artikel kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Permohonan Bantuan Geran Bumiputera (SUPERB) Sehingga RM500k” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!