Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya RM450 2022


Untuk Makluman, Permohonan EPOKU merupakan elaun OKU atau bantuan wang tunai RM450 sebulan untuk OKU bekerja.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Ianya merupakan salah satu insentif kerajaan di bawah kementerian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berbentuk bantuan kewangan RM450 sebulan seorang. Ianya bertujuan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyrakat yang produktif.

Baca juga: Bantuan Sehingga RM1000 Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Syarat dan Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,500 dan ke bawah; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara Memohon

  1. Setiap pemohon perlu melengkapkan BORANG berikut ;
  2. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat
    • Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
    • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    • Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat Lanjut

Boleh hubungi pejabat jabatan kebajikan masyarakat di tempat anda atau;


  • Ibu Pejabat

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045
Disclaimers – Bahan artikel kami share diatas sekadar panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya RM450 2022” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia