Tahukah anda Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Wanita, Kanak-Kanak dan juga Kesejahteraan Komuniti telah menubuhkan tabung khas untuk anak-anak kelahiran di Sarawak yang dinamakan sebagai Bantuan EFS (Endowment Fund Sarawak) untuk tahun 2023.
EFS adalah tabung simpanan untuk anak kelahiran Sarawak yang bertujuan membantu anak Sarawak sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, memulakan kerjaya atau sebagai modal untuk perniagaan kecil-kecilan.
Jumlah Bantuan Anak Sarawak
Jumlah bantuan yang akan diberikan khususnya kepada anak-anak Sarawak ialah RM1,000 dalam bentuk simpanan.
Jika anak anda telah mencapai umur 18 tahun, anda boleh mengeluarkan wang di cawangan Bank Islam yang berhampiran hanya dengan membawa MyKad anda.
Syarat Kelayakan Bantuan EFS
Berikut ialah syarat kelayakan untuk bantuan EFS:
- Rakyat Malaysia
- Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
- Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa pemegang MyKAD adalah berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran
Bagi kategori anak angkat:
- Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”.
- Mempunyai Sijil Anak Angkat yang sah
Cara Memohon Bantuan EFS
Permohonan boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri Sarawak dengan membawa:
- Borang permohonan EFS – Muat Turun Borang
- Salinan sijil kelahiran bayi
- Salinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa berstatus “K”.
**Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, layari laman web https://isarawakcare.sarawak.gov.my/ atau hubungi talian KPWKK di 082-442050