Cara Mohon Bantuan Deposit Sewa Rumah MAIWP


Bantuan Deposit Rumah Dan Sewa Bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2021

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ada memberikan bantuan deposit rumah dan sewa bulanan kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan ini.

Bagi mereka yang terjejas pendapatannya akibat Covid-19 ini, anda boleh menghantar permohonan bantuan deposit sewa rumah bulanan ini kepada MAIWP.

Portal Malaysia ingin berkongsi kepada anda cara untuk memohon bantuan deposit rumah dan sewa bulanan melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2021.

Baca Juga : Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 RM500, Cara Mohon Mulai 15 Jun 2021

Syarat Permohonan

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang wajib anda patuhi sebelum melakukan sebarang permohonan:

  • Anda Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Telah bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah, boleh kira (DI SINI)

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan sebelum anda melakukan sebarang permohonan:

  1. Borang permohonan siap diisi.
  2. Satu keping gambar pemohon berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami atau Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Untuk anak angkat pula, anda perlu sertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan -DI SINI)
  4. Satu salinan penyata pendapatan / pencen / PERKESO. Bagi anda yang tidak mempunyai slip gaji, anda perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan – DI SINI)
    • Bagi mereka yang menetap di Labuan, pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang telah disahkan oleh ketua kampung.
  5. Satu salinan surat menyewa rumah dari agensi berkaitan (Contoh: DBKL, Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).
  6. Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu)
  7. Satu salinan surat perjanjian sewaan (permohonan sewaan individu)
  8. Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini.

Baca Juga: Permohonan Online Rayuan BPR Fasa 2 : Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Dokumen Lain (Sekiranya Diperlukan)

Cara Menghantar Permohonan

Segala borang permohonan yang telah lengkap diisi dan disertakan dengan segala dokumen yang diperlukan boleh dihantar dengan anda perlu menghadirkan diri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP – DI SINI

Maklumat Lanjut

Hubungi talian hotline ini :


012-518 3614 / 012- 512 7614 (Kuala Lumpur)
011 – 5949 6216 / 011 – 6303 8443 (Putrajaya)
013 – 8516066 (Labuan)
Layari laman rasmi MAIWP : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/

Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan dihalaman ini merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Mohon Bantuan Deposit Sewa Rumah MAIWP” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia