Home » Bantuan » Cara Mohon Bantuan Cakna Hawa RM100 Bagi Wanita Bekerjaya

Cara Mohon Bantuan Cakna Hawa RM100 Bagi Wanita Bekerjaya

Bantuan Cakna Hawa RM100 Bagi Wanita Bekerjaya

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan menghargai golongan wanita yang berkerjaya melalui pemberian Bantuan Cakna Hawa khas untuk golongan pekerja wanita berpendapatan isi rumah RM3,000.00 dan ke bawah.

Bantuan ini dibuka hanya berlangsung dari 16 sehingga 22 Ogos 2021 sahaja sebagai tanda penghargaan &  terima kasih atas pengorbanan, jasa dan khidmat yang telah dicurahkan kepada masyarakat.

Portal Malaysia ingin berkongsi tentang Bantuan Cakna Hawa untuk makluman bersama.

Baca Juga: CBRM 2.0 : Cara Mohon Skim Pembiayaan Pemulihan Mikro (TEKUN)

Apakah Bantuan Cakna Hawa?

Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) Ilvira Mohd Dasuki berkata ujian COVID-19 menyebabkan wujudnya norma baharu yang memaksa rakyat untuk duduk di rumah bagi mengurangkan jangkitan virus sekaligus menyebabkan sebilangan besar rakyat kehilangan punca pendapatan.

“Kesan besar berlaku dalam institusi kekeluargaan memberi tekanan dan menyebabkan berlakunya masalah rumahtangga seperti isu keganasan rumahtangga dan kesihatan mental serta pelbagai cabaran yang memberi kesan negatif terutamanya kepada golongan wanita.

Oleh itu, Kerajaan Negeri memberikan Bantuan Cakna Hawa RM100 secara sekali bayar (one off) kepada 100 wanita bekerja bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) ”, katanya ketika dihubungi.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Syarat Permohonan Bantuan Cakna Hawa

  • Syarat permohonan ialah wanita kelahiran & menetap di Kelantan berusia 18 hingga 60 tahun yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  • Penerima juga mestilah mempunyai tiga orang anak atau lebih di bawah tanggungannya & bukan berstatus armalah atau suri rumah.

Baca juga: Cara Mohon Rumah Kos Rendah Untuk Setiap Negeri

Cara Permohonan

Borang permohonan Bantuan Cakna Hawa 2021 boleh dimuat turun di pautan ini: https://bit.ly/BorangCaknaHawa2021. 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi Unit Pembangunan Wanita 01133103454 ataupun 0199813918.

Penafian – Bahan yang kami share diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Mohon Bantuan Cakna Hawa RM100 Bagi Wanita Bekerjaya” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!