Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai bantuan kepada golongan yang memerlukan yang mana ianya telah diperkenalkan di peringkat Persekutuan dan juga Negeri.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah salah satu daripada bantuan melalui RISDA.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh adalah bantuan berbentuk kewangan yang akan diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha untuk meringankan beban mereka.
Ketika musim tengkujuh berlaku pada penghujung tahun atau awal tahun setiap tahun , kerajaan sudah bersiap sedia dalam menyediakan peruntukan bagi membantu golongan yang benar- benar memerlukan.
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak hampir RM9.7 Juta kepada peneroka FELDA yang menanam getah sebagai tanaman utama dan menghantar hasil kepada PMG FELDA.
Peneroka yang sedang terlibat dalam Program Pembangunan Tanam Semula Getah bersama FELDA dan penghasilan terjejas kerana masalah buruh dan penyakit getah juga diberikan peruntukan .
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM800 bagi setiap keluarga yang mana sebelum ini bantuan hanya diberikan sebanyak RM600 sahaja. Bantuan ini juga akan dibayar sebanyak RM200 setiap bulan bagi tempoh 4 bulan.
Jadual Bayaran Bantuan RM800
Berikut adalah jadual bagi bayaran bantuan khas BMT :
- Fasa 1 pada bulan Januari 2023 : RM300
- Fasa 2 pada bulan Februari 2023 : RM300
- Fasa 3 pada bulan Mac 2023 : RM200
Syarat Kelayakan Bantuan
Syarat kelayakan bagi pemohon BMT :
Pekebun Kecil RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
- Kelausan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
Penoreh Bukan Pemilik
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
Semakan Kelulusan Bantuan Musim Tengkujuh
Pembayaran akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem BMT RISDA