TERKINI Bantuan BMT RM300 akan dibayar mulai minggu ini kepada lebih 200,000 penerima. Tarikh rasmi bayaran adalah pada 24 Disember 2021.
BMT Bantuan Musim Tengkujuh
BMT atau dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh daripada RISDA ini telah memperuntukkan sebanyak RM191 juta kepada pekebun-pekebun kecil.
Jumlah bantuan adalah sebanyak RM600 seorang dan dibahagikan kepada 2 fasa iaitu fasa 1 & fasa 2.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bayaran fasa 1 iaitu sebanyak RM300 telah pun disalurkan kepada penerima pada bulan November 2021 yang lalu. Dan baki lagi RM300 akan diagihkan pada bulan Disember ini.
Cara Semakan BMT
Untuk membuat semakan kelayakan status permohonan anda, sila klik di pautan berikut :
https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
Cara Permohonan
Bagi mereka yang ingin memohon permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA ini, sila pergi ke Pejabat RISDA daerah/ negeri berdekatan dengan tempat anda.
Isi borang permohonan & sertakan sekali dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
Info Lanjut
Sekiranya anda mempunyai masalah mengenai semakan & ingin bertanya mengenai cara permohonan, sila hubungi talian Hotline RISDA BMT di
03-4251 0171
atau layari laman rasmi di http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk info lanjut.