Home » Bantuan » Bantuan BKSS 6.0: Bantuan B40 Sarawak Isi Rumah dan Bujang RM250 – RM500

Bantuan BKSS 6.0: Bantuan B40 Sarawak Isi Rumah dan Bujang RM250 – RM500

Kerajaan Sarawak telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bagi Ketua Isi Rumah dan mereka yang Bujang. Hal ini berikutan lanjutan daripada langkah perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 baru-baru ini.

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 kepada anda.

Bantuan Wang Tunai B40 BKSS 6.0

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan lanjutan kepada Pakej BKSS 6.0 yang berjumlah sehingga RM1.4 bilion bagi rakyat Sarawak yang terkesan sepanjang PKP 3.0 ini.

Bantuan itu merangkumi sembilan langkah pembayaran tunai dan enam jenis pemberian diskaun.

Tidak dilupakan insentif untuk rakyat B40:

  • Peretama : Ketua isi rumah (KIR) B40 Sarawak – RM250 sebulan bagi tempoh enam bulan
  • Kedua : Bujang B40 Sarawak (berumur 21 tahun ke atas) – RM500 secara one-off

Baca Juga : Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2021

Bantuan Isi Rumah BKSS RM250 Sebulan

  • BKSS Sarawak 6.0 – Bantuan isi rumah rm230 sebulan kepada setiap ketua isi rumah (KIR) B40 Sarawak bakal mendapat pembayaran tunai sebanyak RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan.
  • Bantuan KIR ini bakal dikreditkan mulai 31 Julai sehingga 31 Disember 2021.

Bantuan Bujang BKSS RM500 Sekaligus

  • BKSS Sarawak 6.0 – Bantuan bujang rm500 bagi individu Bujang B40 Sarawak pula yang berumur 21 tahun ke atas bakal menerima pembayaran tunai berjumlah RM500 secara one-off.
  • Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun bermula pada 31 Ogos 2021.

Cara Permohonan BKSS 6.0

Tiada permohonan perlu dibuat.

Semua data akan diambil daripada penerima BKSS B40 sebelum ini termasuklah senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021.

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun bank penerima dan bagi yang tiada akaun, boleh terus menuntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan anda.

Anda boleh semakan kelayakan BKSS di Portal BKSS.

Baca Juga : Bantuan Kanak-kanak JKM – Maksimum RM1,000 Untuk Setiap Keluarga Sebulan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi:

Talian khidmat BKSS di 082-555 999.

Penafian – Bahan yang portalamalaysia share diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Bantuan BKSS 6.0: Bantuan B40 Sarawak Isi Rumah dan Bujang RM250 – RM500” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!