Bantuan Bingkas RM300 Untuk B40 | Mohon Sekarang


Bantuan BINGKAS atau dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor diperkenalkan oleh kerajaan pusat di Negeri Selangor bagi meringankan beban kehidupan terutamanya golongan B40.

Baca Juga : Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Program Bantuan BINGKAS Online

Program bantuan ini bertujuan untuk meluaskan lagi capaian dan menambah baik Program Kasih Ibu Pintar Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Tunggal Smart Selangor (KISS IT) agar manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja oleh golongan ibu tetapi juga dapat dirasai oleh ahli keluarga yang lain.

Sasaran program ini adalah untuk 30,000 keluarga dengan bantuan RM 300 akan diberikan setiap bulan bagi menampung pembelian keperluan asas serta peralatan pendidikan.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy

Syarat Permohonan BINGKAS

Berikut adalah syarat pendaftaran bagi sesiapa yang ingin daftar bantuan ini :

Syarat Pendaftaran BINGKAS

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pengundi berdaftar di Selangor.
  • Ada tanggungan yang berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

Cara Permohonan BINGKAS Online 2022

Untuk memohon, sila layari laman web BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon terkini dan mendaftar.

1. Pergi ke laman rasmi : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk https://www.bingkasselangor.com/log-masuk

2. Masukkan nombor telefon anda.

3. Isi setiap maklumat yang diperlukan.

4. Hantar permohonan.

Jika anda penerima KISS sebelum ini, sila kemaskini nombor telefon bimbit anda di sini :

Kemaskini No Telefon

Cara Pembelian Melalui Bingkas

1. Pergi ke kedai-kedai yang tersenarai di bawah Program BINGKAS.

2. Pilih barang yang ingin dibeli.

3. Juruwang imbas ID penerima dalam applikasi SELANGKAH untuk tujuan pengesahan.

4. Pastikan baki dalam akaun BINGKAS mencukupi.

5. Penerima menekan “PAY” & pilih akaun BINGKAS untuk buat pembayaran.


6. Masukkan 6 digit pin untuk pengesahan.

7. Selesai.

Semakan Senarai Barang Keperluan BINGKAS Selangor

Hanya barang yang tersenarai di bawah sahaja yang dibenarkan untuk pembelian :

  • Beras
  • Bihun/ Mi
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula & garam
  • Tepung
  • Minyak Masak
  • Sayur & Buah
  • Rempah ratus, kicap, sos
  • Daging ayam, lembu, kambing & ikan
  • Sabun, bahan mandi & bahan pencuci
  • Lampin pakai buang
  • Produk tenusu
  • Barang persekolahan
  • Perihal pendidikan

Semoga berjaya dalam permohonan bantuan kerajaan pusat ini. Terima kasih.

Penafian – Bahan yang portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Bantuan Bingkas RM300 Untuk B40 | Mohon Sekarang” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



APDM
EOperasi KPM Login
ESPKWS KPM Login
mybsn
Semakan KWSP 2.0
BKM 2022
SPLKPM
PTPTN Login 2022
Penyata Gaji
SPA9
Cara Mandi Wajib
Doa Dhuha
MySalam
KWSP 2.0 10k
upu online