Ia akan memperuntukkan RM3,600 setahun ataupun RM 300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak.
Bantuan ini boleh digunakan untuk keluarga menampung perbelanjaan barang dapur, pendidikan atau apa-apa urusan keluarga yang memerlukan.
Baca juga:
Tarikh Permohonan Dibuka:
Permohonan dibuka untuk permohonan mulai 1 Julai 2022.
Manfaat BINGKAS:
- Had pembelian Rm300.
- Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
- Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
- Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).
Syarat Kelayakan:
Berikut adlah syarat-syarat untuk memohon:
- Pemohon mestilah seorang Ketua Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 Tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah pemohon mestilah di bawah RM3,000 sebulan.
- Pemohon mestilah pemastautin dan pengundi di Selangor.
Cara Permohonan:
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Muat Turun 2 apps ini, apps SELANGKAH & apps WavPay.
Langkah 2: Sila isi & completekan semua details pemohon di apps SELANGKAH dahulu. Apps e-wallet WavPay boleh digunakan kalau pemohon telah diluluskan untuk menggunakan BINGKAS.
Langkah 3: Layari Portal BINGKAS pada 1 Julai nanti untuk update details untuk pemegang kad KISS terdahulu.
Langkah 4: Pastikan apps SELANGKAH dimuaturun terlebih dahulu dan diisi semua detalis pemohon. Kalau tak update di website BINGKAS, nama akan digugurkan selepas 1 September 2022 dan pemohon sediaada kena mohon semula.
Langkah 5: Setelah selesai update di BINGKAS, Masuk SELANGKAH.
Langkah 6: Klik kad BINGKAS. Terus masuk Wavpay.
Langkah 7: Masuk OTP.
Langkah 8: Pergi profile.
Langkah 9: My akaun.
Langkah 10: Reset payment pin (Amaun RM300 akan masuk terus tetapi mengambil masa sedikit).
Dokumen Sokongan:
Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dilampirkan:
- 1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- 1 Salinan kad pengenalan pasangan & tanggungan.
- 1 Dokumen Pengesahan Pendapatan (Slip gaji/ Surat pengesahan Pendapatan jika tidak bekerja atau bekerja sendiri).
- 1 Salinan semakan SPR.
- 1 Salinan Kad OKU (jika berkaitan).
- 1 Salinan Sijil Kematian/ Sijil Cerai (jika berkaitan).
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal BINGKAS atau hubungi di talian 1-800-22-6600.