Bantuan Bina Dan baik Pulih Rumah Keluarga Malaysia


Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) kini menawarkan permohonan baik pulih atau bina baharu rumah kepada orang ramai yang tergolong dalam miskin tegar atau miskin.

Program perumahan akan ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Tujuan inisiatif ini adalah untuk membantu mereka memiliki rumah yang selesa untuk mengharungi kehidupan bersama keluarga mereka.

Baca juga:

Kadar Bantuan:


1.Bina Baharu (Keadaan ekonomik untuk dibaiki):

  • Semenanjung: RM66,000 (seunit).
  • Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan: RM79,000 (seunit).

2. Baik Pulih (Tiada rumah atau kediaman uzur dan tidak ekonomik untuk dibaiki):

  • Semenanjung: Maksimum RM15,000 (seunit).
  • Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan: Maksimum RM17,000 (seunit).

Syarat Kelayakan:


Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah telah disahkan miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-kasih).
  2. Pemohon mestilah telah diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri.
  3. Pemohon mestilah telah diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan.
  4. Pemohon mestilah telah diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.

Cara Permohonan:


Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal eSPKR.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Muat naik dokumen sokongan.

Langkah 4: Hantar permohonan.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Kesejahteraan Rakyat Kementerian Pembangunan Luar Bandar di talian 03-8000 8000 atau email ke [email protected].




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3