Home » Permohonan » Info Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah BSM – Yayasan Pahang

Info Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah BSM – Yayasan Pahang

Biasiswa Sekolah Menengah adalah sejenis bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Bantuan ini dapat meringankan beban kewangan keluarga seseorang pelajar di sekolah menengah. Setiap negeri terdapat yayasan masing-masing untuk menyalurkan bantuan ini kepada mereka yang memerlukan. Di sini adalah cara dan syarat untuk memohon BSM di Yayasan Pahang.

Biasiswa Sekolan Menengah BSM

Biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.

Keutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.

Mulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan daripada kadar RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Mei.

Syarat BSM

Berikut merupakan senarai syarat yang ditetapkan bagi sesiapa yang berminat untuk memohon bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  • Pemohon/ibu/bapa lahir di negeri Pahang
  • Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  • Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  • Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum
  • Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja
  • Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  • Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  • Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun.

Tarikh Tutup

Tarikh permohonan bermula pada 03 Mac 2020 dan akan ditutup pada 08 Julai 2020, bagi sesiapa yang ingin membuat permohonan sila buat segera sebelum tarikh tutup.

Cara Buat Permohonan BSM

Berdasarakan pemakluman dan info yang kami perolehi berikut merupakan cara untuk anda buat permohonan.

  • Ibu bapa boleh menghantar permohonan berserta dokumen-dokumen sokong ke sekolah masing-masing.
  • Sementara itu, pihak sekolah akan menghantar borang permohonan ke Yayasan Pahang sebelum tarikh tutup permohonan.

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi nombor talian di bawah ataupun melawati laman web atau alamat di bawah.

KOMPLEKS YAYASAN PAHANG,

Jalan Tanjung Lumpur,

26060 Kuantan, Pahang

No Telefon: 09-5181800

Laman Web: http://www.yp.org.my/

Email: [email protected]

Penafian: 

Kami hanya memberi informasi terkini berkaitan syarat, cara mohon dan info berkaitan dengan BSM dengan rujukan dari laman sesawang rasmi Yayasan Pahang, sebarang pertanyaan lanjut boleh terus melalui website rasmi, kami tiada sebarang kaitan bersama Yayasan Pahang, hanya sekadar menyampaikan info sahih sahaja.

Penafian – Semua yang admin kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan artikel related dengan “Info Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah BSM – Yayasan Pahang” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Leave a Comment