Bantuan Belia RM1000 Untuk 18 Hingga 30 Tahun


Dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 yang lepas, kerajaan telah umumkan bantuan belia RM1000 untuk mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun.

Bermula pada 1 Januari 2021, setiap majikan yang mempunyai pekerja belia yang berumur antara 18 – 30 tahun layak untuk dapatkan insentif RM1,000 dalam program yang dinamakan Program Perantisan.

Program ini diperkenalkan di bawah Program Penjana Kerjaya.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Tujuan Bantuan

Objektif insentif & bantuan ini adalah untuk memberikan peluang kepada penganggur/ belia yang tidak mempunyai kerja tetap. Juga untuk membantu belia tambah pengalaman dalam pekerjaan serta tingkatkan mutu kemahirang bekerja melalui on-the-job-training.

Maklumat Bantuan

Antara insentif/ bantuan yang akan diterima oleh perantis/ majikan dalam program ini adalah :

  • Bantuan bayaran sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada majikan yang ambil pekerja lepasan sekolah & graduan untuk Program Perantisan.
  • Tempoh bayaran (bantuan) adalah 3 bulan, dengan syarat ada kontrak perkhidmatan minima 3 bulan.
  • Gaji minimum adalah RM1,200 sebulan.
  • Majikan hanya boleh mohon 1 kursus latihan sahaja (kos maksima RM4,000).
  • Pekerja yang diambil layak dapat elaun kesediaan kerja/bantuan.

Syarat Kelayakan

Dalam program Penjana Kerjaya ini, mereka yang ingin mohon perlu mempunyai kriteria syarat-syarat berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur 18- 30 tahun.
  3. Belia lepasan sekolah atau graduan.
  4. Menganggur atau tidak mempunyai kerja tetap.
  5. Calon belia yang pernah ikut mana-mana Program Perantisan yang berdaftar dengan PERKESO.

Syarat Tambahan

  1. Belia perantis tersebut perlu membuat caruman dengan PERKESO.
  2. Syarikat perlu daftar & buat iklan jawatan kosong 2022 dalam portal MyfutureJobs.

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan ini, majikan perlu mohon Penjana Kerjaya secara online/ atas talian di Portal Rasmi PERKESO di https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/

Manakala belia yang berminat untuk sertaiP Program Perantisan, sila daftarkan diri anda di MyFutureJobs pautan di bawah : https://www.myfuturejobs.gov.my/

Sila mohon sebelum 31 Disember 2021.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila rujuk di bawah :


Maklumat lanjut penjana kerjaya

Semoga berjaya dalam permohonan.

Penafian – Bahan yang kami kongsikan diatas hanyalah tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Bantuan Belia RM1000 Untuk 18 Hingga 30 Tahun” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia