Home » Portal Rasmi » Cara Mohon Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Selama 3 Bulan

Cara Mohon Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Selama 3 Bulan

PRIHATIN Kasih: Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Selama 3 Bulan 2021

Program PRIHATIN Kasih adalah bantuan yang disalurkan kepada isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad yang dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)

Program ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang sangat terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan peruntukkan sebanyak RM100 juta, program ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat lanjut bantuan barangan dapur.

Manfaat Program PRIHATIN Kasih

  • RM100 sebulan akan diberikan sebanyak 3 bulan untuk penerima yang layak
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun MyKad penerima
  • Anda boleh digunakan untuk membeli barang keperluan seperti makanan tin, beras, minyak masak, telur & banyak lagi.

Baca Juga :KITA Selangor 2.0: Permohonan ANIS Bantuan Khas OKU RM500

Lokasi Pembelian Bantuan Makanan

Penerima yang layak boleh membeli barangan keperluan di 300 lebih lokasi pasar raya dan kedai seluruh Malaysia seperti dibawah:

  1. Mydin
  2. Giant
  3. Econsave
  4. The Store
  5. Pacific
  6. Milimewa
  7. 99 Speedmart
  8. Lotus Stores (Tesco)
  9. Dan kedai runcit terpilih

Jadual Bulan Pelaksanaan

Julai – September 2021

  • Selangor
  • Kuala Lumpur

Ogos – Oktober 2021

  • Kelantan
  • Johor
  • Pulau Pinang
  • Kedah
  • Perlis
  • Perak
  • Melaka
  • Terengganu

September – November 2021 / Oktober – Disember 2021 (akan dimaklumkan nanti)

  • Negeri Sembilan
  • Labuan
  • Pahang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak

Baca Juga :Cara Mohon Moratorium B40, M40, T20 & PKS Untuk Semua Akaun Bank Mulai 7 Julai 2021

Semakan Kelayakan

Berikut cara bagi menyemak kelayakan Program PRIHATIN Kasih:

  1. Anda boleh buka laman web My Kasih di https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda dan Captcha yang disediakan
  3. Klik pada “Semak Status”
  4. Keputusan kelayakan akan dipaparkan di skrin
  5. Penerima akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka
  6. Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan & pertanyaan berkaitan Program PRIHATIN Kasih boleh rujuk soalan lazim dibawah:

Soalan Lazim anda boleh rujuk di https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/faq_bm.aspx?lang=ms-MY

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share diatas sekadar tutorial dan ringkasan yang related dengan “Cara Mohon Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Selama 3 Bulan” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!