Bantuan Barangan Dapur RM300 Untuk Semua Isi Rumah Tahun 2022


Kerajaan telah melancarkan Bantuan Barangan Dapur RM300, juga dikenali sebagai Bakul Prihatin Nasional 2022, untuk semua isi rumah. Syarat Bakul Keprihatinan Nasional ditujukan khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak stabil.

Dijangka lebih 400,000 penerima manfaat daripada program ini.


Semak Bantuan RM1000 Setiap Bulan : RASMI : Bantuan Kewangan RM1,000 Setiap Bulan Untuk Golongan Belia Dibayar Bermula Hari Ini ~ Semak Sekarang!

Kadar Bantuan Barangan Dapur

Setiap bakul makanan adalah berjumlah sehingga RM300 dan ianya mengandungi barangan dapur seperti berikut;

  1. Beras
  2. Gula
  3. Tepung Gandum
  4. Bihun
  5. Kicap
  6. Sardin
  7. Biskut
  8. Kopi
  9. Garam

Cara Mohon Bantuan Barangan Dapur RM300

Rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan Bantuan Barangan Dapur (Bakul Prihatin Negara) boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terletak di 108 daerah di seluruh negara.


Berikut adalah cara memohon Bantuan Barangan Dapur RM300. Permohonan ini boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu:

  1. Hubungi Talian Kasih di 15999
  2. Whatsapp di wa.me/60192615999
  3. Hubungi pemimpin tempatan

Anda juga boleh membuat permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram/ KPWKM dan JKM) atau menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

Senarai Talian JKM Setiap Daerah & Negeri

Berikut disertakan nombor yang boleh anda hubungi untuk membuat permohonan bantuan barangan dapur ini.


Anda boleh ikuti telegram rasmi di https://t.me/jawatan untuk mendapatkan lebih info mengenai bantuan-bantuan terkini yang diperkenalkan.

Maklumat Lanjut Bantuan Barangan Dapur RM300

Maklumat lanjut mengenai Bakul Keprihatinan Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang permohonan dan carta alir serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM seluruh negara boleh didapati dengan melayari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3