Home » Bantuan » Bantuan Banjir LZSPeduli Zakat Selangor

Bantuan Banjir LZSPeduli Zakat Selangor

Bantuan Banjir Zakat Selangor adalah bantuan kepada Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang terjejas dengan bencana banjir yang berlaku di seluruh Negeri Selangor. Sumbangan berbentuk ‘one-off payment’ ini merupakan salah satu inisiatif Lembaga Zakat Selangor untuk meringankan beban asnaf yang terkesan dengan bencana banjir tersebut selain Bantuan Banjir Rm1000 dari kerajaan Malaysia.

Semoga dengan bantuan ini dapat membantu asnaf yang terjejas tersebut.

Objektif:

  • Membantu golongan Asnaf di Lembaga Zakat Selangor yang terjejas akibat banjir yang melanda negara kita sekarang.
  • Meringankan beban Asnaf bagi menghadapi musim banjir dan musim persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Syarat Permohonan:

Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR).
  • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
  2. Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
  3. Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
  4. Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.

Cara Mohon Bantuan Banjir:

1.Untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:

  1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  2. Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
  3. Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Memuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat

2. BUKAN Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:

  1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  2. Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
  3. Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Memuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

Kadar Bantuan:

Kadar bantuan ialah RM600 bagi pemohon yang layak.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Tempoh Permohonan:

Tempoh permohonan bantuan ini bermula pada 23 Disember 2021 sehingga 30 Disember 2021.

Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran:

  • Secara tunai.
  • Baucer tunai.
  • Pembayaran terus ke pihak ketiga.

sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.

Tarikh Kelulusan & Bayaran:

Pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.

Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon. Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  2. Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  3. Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.

Semakan Status Permohonan:

Status permohonan Bantuan Bencana LZS boleh disemak melalui pautan ini : Sistem eZakatONLINE

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 atau terus dapatkan info di https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia kongsikan diatas sekadar panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Bantuan Banjir LZSPeduli Zakat Selangor” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!