Bantuan Awal Ramadhan RM500 One-Off Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Awal Ramadhan RM500 one-off untuk rakyat Malaysia. Berita baik untuk semua rakyat Malaysia yang merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan di Wilayah Persekutuan. Bantuan Ramadhan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan disalurkan mulai 27 Mac 2023 / 5 Ramadhan 1444H secara berperingkat.

Menurut Majlis tersebut, bantuan yang berjumlah RM500 sebagai bayaran sekali sahaja kepada semua penerima bantuan bulanan bertujuan untuk untuk membantu meringankan beban golongan asnaf menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan al-Mubarak tahun ini.

Bantuan Awal Ramadhan RM500 One-Off Untuk Rakyat Malaysia 2

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan ini.

JUMLAH BANTUAN AWAL RAMADHAN YANG DITERIMA


Untuk makluman semua, jumlah bantuan yang akan diterima oleh rakyat Malaysia adalah sebanyak:

  • RM500 sahaja secara one-off

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN


Syarat dan kriteria permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Beragama islam
  • Rakyat Malaysia
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di WilayahPersekutuan.
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (kira kelayakan Had al-Kifayah anda DI SINI)

Mohon Juga :


CARA PERMOHONAN


Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini boleh datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal anda atau boleh terus melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan dan muat turun permohonan borang yang disediakan.

Semoga bantuan yang diberikan oleh MAIWP Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan dalam menyambut bulan mulia ini.

INFO LANJUT


Untuk mengetahui maklumat lanjut dan sebarang pertanyaaan tentang bantuan ini, anda boleh terus merujuk https://www.maiwp.gov.my/


16 thoughts on “Bantuan Awal Ramadhan RM500 One-Off Untuk Rakyat Malaysia”

    • sy pun tertanya sama sperti pn.meriam…ape nasib kami yg x tinggal d wlyh prsekutuan? ape nasib kami yg srba kekurangan ni? dh lah kwsp xdpt kluarkan utk pribadi..kyataan mnyatakan bg yg btul² mmrlukan dan miskin (#sedihxdapatkeluarkanduitsendiri!!dahlahtakbekerjalamadah😭😭😔😞😟)
      mrS_giED_TRG..
      “..rintihan hati insan² serba kekurangan&dihina sebab miskin.,.asyik² mintak sdekah,mtk tlg selalu…klo tak mintak? pinjam pun lagi dihina..nasib²..😞😇🤲 “

      Reply
  1. Apakah bantuan ramadan dan aidilfitri hanya untuk wp sahaja ke..?? Kawasan pd negeri johor juga yg lain2 tidak layak ke..maaf saya bertanya

    Reply
  2. Apa punya bantuan yg kau merepek nuar…dh jadi pm pn masih tak berubah…dh npk rakyat susah lg nk sakitkan hati bantuan yg ko cakap…kwsp duit sndri pn ko x blh bg lps…xtau akal letak mne…

    Reply

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3