Home » Bantuan » Mohon Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2022

Mohon Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2022

Untuk Makluman, Bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang ini terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.

Apakah Bantuan Awal Persekolahan 2022 Zakat Pulau Pinang ?

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Objektif utama bantuan ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.

Di bawah program ini, Zakat Pulau Pinang akan memberi bantuan kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut disekolah rendah atau menengah agar tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.

Syarat Permohonan

  • Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan Zakat
  • Pemohon mestilah pemastautin di Negeri Pulau Pinang
  • Permohonan mestilah dibuat pada hujung tahun sebelum sesi seterusnya bermula atau pada awal sesi persekolahan.
  • Permohonan mestilah disertakan dengan surat pengesahan dari sekolah-sekolah yang anak-anak pemohon belajar.
  • Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin.
  • Permohonan bantuan awal persekolahan tidak termasuk Pra-sekolah, Tadika, Taski atau IPT.
  • Rujuk jadual pendapatan yang layak memohon di bawah:
    1. Bilangan Anak Pendapatan Kasar Isi Rumah
      • 2 orang anak RM1500 dan ke bawah
      • 3 orang anak RM2000 dan ke bawah
      • 4 orang anak dan ke atas RM2500 dan ke bawah

Baca juga: Cara Mohon Bantuan RM3000 

Cara Permohonan

Dapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula hari ini, 8 November 2021.

WAKTU URUSAN DI KAUNTER

  • Isnin – Khamis (8.30pagi – 4.30petang)
  • Jumaat (8.30pagi – 12.30) Tengahari (2.45petang-4.30petang)
  • Sabtu (9.00pagi – 3petang – Minggu pertama di Kaunter HQ-Bandar Perda sahaja)
  • Ahad Tutup

Baca juga: Kerajaan Beri Bantuan RM500 Kepada Rakyat Malaysia

Permohonan bantuan

  • Permohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP
  • Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga
  • Dokumen Utama (wajib disertakan) :
    • Salinan kad pengenalan pemohon,
    • Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan
  • Dokumen Sokongan (jika perlu) :
    • Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)
    • Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
    • Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
    • Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)

Pihak Zakat Pulau Pinang berhak untuk menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak atau tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.

Borang yang telah siap diisi perlulah dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat dengan anda.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan : 30 November 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, boleh rujuk ke saluran berikut:

  1. Facebook Zakat Pulau Pinang
  2. Telefon : 04-549 8088
  3. E-mel: [email protected]
  4. Laman web : https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/agihan/2013-06-30-14-37-18/pendidikan/program-bantuan-awal-persekolahan
Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Mohon Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2022” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes