- 2.2Kshares
- Telegram
- Facebook Messenger
Bantuan Awal Persekolahan BAP 2023. Permohonan online bantuan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) ini telah dinaikkan menjadi RM150 untuk pelajar sekolah.
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pelajar-pelajar terutamanya pada awal tahun persekolahan.
Kadar Bantuan BAP
Setiap murid yang layak akan dapat RM150 secara one-off. Sebanyak 3 juta murid yang akan dapat manfaat ini.
Baca Juga : ePrasekolah KPM (Cara Semak Penempatan Sekolah)
Syarat Kelayakan
Pemilihan murid adalah berdasarkan kriteria-kriteria berikut :
- Murid yang berwarganegara Malaysia ;
- Murid Tahun 1 – Tingkatan 5 ;
- Murid yang bersekolah di SK (Sekolah Kebangsaan), SBK (Sekolah Bantuan Kerajaan), Sekolah Agama, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan kerajaan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Integriti & Sekolah Henry Gurney.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Tarikh Pembayaran
Peruntukan bantuan BAP ini akan disalurkan kepada akaun sekolah bermula 12 Januari 2023.
Cara Mohon BAP 2023
Untuk permohonan, ibu bapa perlu kemaskini dan update data kadar pendapatan yang terkini di sistem APDM.
Dan sila maklumkan kepada pihak sekolah. Tidak perlu isi sebarang borang. Harap maklum.
Namun, bagi sesetengah sekolah, pihak sekolah sendiri akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan syarat kelayakan.
Terdapat juga sekolah yang akan edarkan borang permohonan berikut :
- Borang Permohonan Bantuan Persekolahan PB1 (Download)
- Borang Pengesahan Pendapatan Borang PB2 (Download)
Borang PB1
Borang PB2
Maklumat Lanjut
Sila layari website rasmi KPM atau rujuk mengenai bantuan sekolah tersebut di sini.
Sila hubungi dan tanya kepada sekolah masing-masing untuk info lanjut.
[sc_fs_multi_faq headline-0=”h3″ question-0=”Macam mana kaedah penyaluran bantuan ini?” answer-0=”Bantuan akan diberikan secara berperingkat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah.” image-0=”” headline-1=”h3″ question-1=”Murid yang berkelayakan akan dapat berapa nilai bantuan?” answer-1=”Bantuan bernilai RM150 akan diberikan secara one-off kepada yang layak.” image-1=”” count=”2″ html=”true” css_class=””]