Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk tahun 2022. Bantuan persekolahan RM150 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah sehingga RM500 telah dibentangkan dalam Belanjawan 2022.
Inisiatif bantuan persekolah BAP ini merupakan antara bantuan yang akan diteruskan tahun ini bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung ibu bapa/ penjaga yang tergolongan dalam kategori B40.
Khas untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dan merupakan dari kalangan isi rumah keluarga yang berpendapatan kasar RM3,000.00 dan ke bawah sahaja.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Senarai Kandungan
Kriteria Kelayakan
Syarat kelayakan bagi ibu bapa yang ingin mohon bantuan ini adalah seperti berikut :
- Pelajar warganegara Malaysia
- Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang berasal daripada isi rumah yang berpendapatan bulanan KASAR RM3,000.00 dan ke bawah.
- Hanya layak kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Negeri & Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa) sahaja.
* Pendapatan kasar bulanan ialah pendapatan yang mengambil kira gaji pokok/ hakiki & elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa & elaun tidak tetal boleh diambil kira sebagai pendapatan kasar.
Jumlah Bantuan BAP 2022
Pelajar yang layak akan dapat bantuan sebanyak RM150.00 secara one-off (sekaligus).
Cara Permohonan
Kelayakan untuk terima bantuan ini akan diputuskan oleh pihak sekolah.
Jadi, ibu bapa perlu isi borang-borang permohonan iaitu borang PB-1 dan borang PB-2 (jika perlu) kemudian hantarkan borang tersebut bersama dengan dokumen-dokumen sokongan kepada pihak sekolah.
Download Borang BAP
Untuk permohonan, anda boleh muat turun/ download borang permohonan bantuan KPM BAP 2022 ini di pautan berikut :
Muat turun & isi borang-borang tersebut dengan lengkap dan hantarkan ke pihak sekolah anak anda untuk rujukan pihak sekolah.
Dokumen yang Diperlukan
Berikut adalah senarai checklist untuk dihantar ke pejabat sekolah :
- Borang PB-1 (Lengkap diisi)
- Borang PB-2 (Jika tiada penyata pendapatan)
- Salinan sijil lahir pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga
- Salinan slip gaji/ penyata pendapatan
- Salinan Kad OKU (Jika berkenaan)
- Sijil kematian ibu. atau bapa (Jika berkenaan)
Info Lanjut
Permohonan sudah boleh dibuat, untuk info lanjut & sebarang pertanyaan, sila layari portal rasmi KPM di pautan di sini.
Related Posts
- NASIONAL : Bantuan 1 Keluarga RM900 ~ Semakan & Agihan Bantuan Bermula September 2022
- Mohon Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 Kini Dibuka ~ Ketahui Apa Yang Perlu Anda Lakukan
- Semakan Status PerantiSiswa & Permohonan Fasa 2