Berita Baik! Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan akan diberikan secara one-off kepada setiap murid yang layak.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Namun bermula 2023, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan disalurkan kepada SEMUA murid tanpa mengira had pendapatan.
Kadar Bantuan
Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai awal tahun 2023.
Syarat / Kriteria Kelayakan
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia)
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal tanpa mengira had pendapatan.
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Tarikh Bayaran
BAP 2023 akan disalurkan mulai Januari 2023.
Baca juga: Bantuan Kewangan Sekolah SPZAS RM200
Cara Mohon
Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.
Kaedah Penyaluran Bayaran
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK