Bantuan ASB Sehingga RM200 Untuk Bayi


Terdahulu, Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50) yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2018 masih boleh dimohon.


Bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan mendapat RM200 melalui unit amanah saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Tujuan skim ini adalah untuk memupuk budaya menyimpan wang generasi TN50.

Baca juga:


Jumlah Kredit:

Unit amanah saham, RM200 akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.

Pendaftaran Dibuka:

Pendaftaran Skim ADAM50 hendaklah dilakukan dalam tempoh maksimum setahun selepas tarikh lahir bayi tersebut.

Sekiranya ibu bapa atau penjaga gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk mendapatkan unit insentif percuma akan terbatal.


Syarat Kelayakan:

  1. Pemohon mestilah lahir pada atau selepas 1 Januari 2018.
  2. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  3. Ibu bapa atau Penjaga pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  4. Ibu bapa atau Penjaga pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  5. Ibu bapa atau Penjaga Berdaftar mestilah tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan.

Cara Permohonan:

Permohonan boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga berdaftar di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara.

Dokumen Sokongan:

  1. 1 Salinan pengenalan diri (MyKad) ibu / bapa / penjaga berdaftar.
  2. 1 Salinan pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran (sekiranya MyKid masih belum diterima).
  3. 1 Salinan dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Amanah Saham Nasional Berhad.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3