Permohonan Bantuan Am Persekutuan JKM Sehingga RM350


Bermula Oktober ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan Bantuan Am Persekutuan khas sehingga RM350 sebulan.

Bantuan Am Persekutuan bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian individu/ keluarga yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar Bantuan


  • Minimum- RM100
  • Maksimum- RM350

Syarat Kelayakan

  • Pemohon seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan.
  • Tergolong daripada yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Baca Juga: Semakan BKM Fasa 4

Cara Mohon

  1. Sila layari laman web JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my atau muat turun borang permohonan.
  2. Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
  3. Daftar permohonan mengikut negeri.
  4. Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  5. Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  6. Hantar borang permohonan.

Borang Permohonan

Dokumen Sokongan

Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang diperlukan :

  • Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
  • Salinan kad pengenalan / mykid / sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama sahaja
  • Salinan kad OKU/ Slip pendaftaran sementara (bagi pemohon OKU)
  • Salinan sijil kematian/ penceraian (jika berkaitan)
  • Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan
  • Salah satu salinan bil utiliti seperti air/ elektrik/ telefon, DLL.
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan).

Baca Juga: Bantuan Awal Pengajian Untuk Pelajar B40 RM1,000

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3