NASIONAL : Bantuan 1 Keluarga RM900 ~ Semakan & Agihan Bantuan Bermula September 2022
Tahukah anda, pengkreditan bayaran bagi Bantuan 1 Keluarga RM900 akan mula dilakukan bermula Bulan September Tahun 2022.
Bagi kategori isi rumah, bayaran adalah daripada RM200, RM300, RM400, RM500, RM600 dan RM700 bagi setiap keluarga dengan pendapatan isi rumah RM0 sehingga RM2,500 tertakluk kepada kategori umur.
Bayaran bagi isi rumah dengan pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000 adalah sebanyak RM100 dan RM400 sahaja tertakluk kepada kategori umur.
Bagi kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT), bayaran adalah bermula dari RM600, RM800 sehingga RM900 dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak berjumlah RM500.
Terdapat beberapa kategori lain melibatkan jumlah bayaran RM150 bagi bayaran Bulan September ini.
Bantuan 1 Keluarga RM900 ini merupakan salah satu instrumen dalam kerangka Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 3.
Semakan Status Bantuan 1 Keluarga RM900
Fasa 1
- Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN
Fasa 2
- Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN
Fasa 3
- Bayaran dikreditkan bermula pernghujung Ogos atau awal September 2022
Fasa 4
- Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022
Kadar Bayaran Bantuan 1 Keluarga RM900 dan Kategori Lain BKM
Cara Semakan Status BKM Fasa 3
Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:
- Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
- Klik Semakan Status
- Paparan kelayakan akan ditunjukkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my