Bantuan 1 Malaysia Sehingga RM900 Yang Akan Dikreditkan Tidak Lama Lagi ~ Mohon Sekarang!


Tahukah anda, pengkreditan bayaran untuk 1 Bantuan Keluarga sebanyak RM900 akan bermula dari September 2022.

Bagi kategori isi rumah, bayaran adalah daripada RM200, RM300, RM400, RM500, RM600 dan RM700 bagi setiap keluarga dengan pendapatan isi rumah RM0 hingga RM2,500 tertakluk kepada kategori umur.

Bayaran bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 sehingga RM5,000 adalah sebanyak RM100 dan RM400 sahaja tertakluk kepada kategori umur.

Bagi kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT), bayaran bermula daripada RM600, RM800 sehingga RM900 dengan tambahan jumlah IBT mempunyai anak berjumlah RM500.

Terdapat beberapa kategori lain yang melibatkan jumlah bayaran RM150 untuk bayaran September ini.

Bantuan 1 Keluarga RM900 merupakan salah satu instrumen dalam rangka kerja Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 3.

Semakan Status Bantuan 1 Keluarga RM900


Fasa 1

=Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN

Fasa 2

=Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN

Fasa 3

=Bayaran dikreditkan bermula pernghujung 20 September 2022 secara berperingkat sehingga bulan Oktober 2022.

Fasa 4

=Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022

Kadar Bayaran Bantuan 1 Keluarga RM900 dan Kategori Lain BKM

Cara Semakan Status BKM Fasa 3
Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:
Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
Klik Semakan Status
Paparan kelayakan akan ditunjukkan
Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Pengenalan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Kerajaan pada 2021 memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melalui Bajet 2022 dengan bantuan tunai tertinggi berjumlah RM2,000 dalam usaha mengurangkan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam satu kenyataan berkata BKM dengan peruntukan sekitar RM8.2 bilion, boleh memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang melibatkan isi rumah yang mempunyai tiga atau lebih anak, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2, 500 sebulan.

“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi seumpamanya berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan RM1,800.

“Bantuan wang tunai terus ditambah baik dengan memperkenalkan BKM dalam memberikan lebih tumpuan kepada golongan terjejas,” katanya selepas membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, tumpuan kerajaan kini adalah untuk menghulurkan bantuan tunai langsung yang disasarkan, memperkasakan aspek pendidikan dan kesihatan awam serta terus menjana peluang pekerjaan.

“Bagi tahun 2022, inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan supaya golongan yang benar-benar berkesan diberi tumpuan,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan bersetuju memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan pendapatan bulanan sehingga RM5,000.

“Bantuan tambahan RM300 ringgit lagi juga akan diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna ibu tunggal atau bapa yang mempunyai tiga atau lebih anak layak mendapat BKM dengan jumlah maksimum RM2,500.

“Secara keseluruhannya, kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion untuk agihan bantuan kebajikan bagi manfaat lebih 440,000 isi rumah yang memerlukan,” katanya.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3