Banjir Teruk Di Lembah Klang Dan Kawasan Terlibat.


Hujan lebat yang berlarutan selama dua hari sejak kelmarin telah menyebabkan kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir yang mana Selangor menerima kesan terburuk selepas lebih 3,000 mangsa dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekitar jam 5 petang semalam, seramai 3,086 penduduk di daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang telah dipindahkan ke PPS.

Dalam pada itu Charles Santiago iaitu Ahli Parlimen Klang menjelaskna bahwaa sistem pemparitan dan pengairan tidak mampu menampung jumlah hujan berterusan pada ketika ini.

Pada mulanya , hujan pada bulan Disember hanya pada paras 215 mili­meter (mm) sahaja, namun telah mele­bihi paras dengan cepat dalam tempoh enam jam.

Pada jam 11 pagi 18/12/2021, sudah pun merekodkan taburan hujan sebnayak 1,100mm dan telah direkodkan oleh Jabatan Bomba da Penyelamat bahawa mangsa banjir telah direkodkan di Klang dengan 2,604 mang­sa di 17 buah PPS dan Kuala Langat serta Sepang seramai 482 individu yang ditempatkan 9 PPS.

Kenyataan daripada Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) pula ada meramalkan hujan secara berterusan akan melanda Selangor sehingga hari 18/18/2121 selain Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Datuk Seri Amirudin Shari (Menteri Besar) menerusi hantaran di Twitter miliknya menulis, PPS yang dibuka di negeri itu ialah PPS Masjid Al-Islah/Masjid Al-Ubudiyah; Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong; SK Johan Setia; Balai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sg Pinang; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Indah; SRA Pulau Indah; Balai MPKK Perigi Nanas; Balai MPKK Bukit Naga, SK ­Su­ngai Bijai dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Padang Jawa, Klang.

Malah untuk memudahkan urusan permindahan turut dibuka ialah PPS SK Jalan Kebun; Balai Raya MPKK Kampung Lombong; SRA Sg Serdang; Dewan Orang Ramai Tok Muda; SRA Pekan Kapar; SRA Sungai Delek dan Dewan MPKK Sungai Delek.

Dalam satu temubual dari mangsa banjir yang terlibat ada menyatakan bahawa pembangunan pe­sat di tempat berkenaan adalah tidak seiring dengan pe­ningkatan kemudahan infrastruktur terutama longkang dan parit hingga memudahkan kawasan ini ditenggelami banjir.

Mereka sudah penat dan serik kerana bukan sekali tetapi lima kali banjir di kampung tersebut yang mempu­nyai kira-kira 10,000 penduduk.


Laporan dari pukul 6 petang 18/12/2021 semalam mengesahkan sebanyak 9,008 penduduk di Selangor, Kelantan, Pahang, Ne­geri Sembilan dan Terengganu dipindahkan ke PPS.

Disclaimers – Semua artikel admin kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Banjir Teruk Di Lembah Klang Dan Kawasan Terlibat.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia