Bangkitlah Harimau Muda Demi Maruah!

Sukan Sea Hanoi. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Demi maruah negara bak kata Brad Maloney kepada para pemainnya. Itu adalah mesej yang disampaikan jurulatih tersebut apabila menuntut pemainnya untuk bangkit menentang Indonesia.

Bangkitlah Harimau Muda Demi Maruah! 2

Perlawanan menentang Indonesia ini begitu penting bagi merebut pingat gangsa serta untuk menebus kekecewaan selepas kekalahan terhadap Vietnam di Sukan Sea Hanoi beberapa hari lepas.

Perlawanan yang berlangsung petang ini dijangka sengit apabila perseteruan dua negara ini yang diklasifikasikan sebagai “Derbi Nusantara” sudah lama bermusuh antara satu sama lain.

Bangkitlah Harimau Muda Demi Maruah! 3

Jika kemenangan diraih ia dapat memastikan skuad Harimau Malaya B-23 mampu membawa pulang pingat ke tanah air bagi mengubat kedukaan dalam kempen di Stadium Nasional My Dinh, Vietnam.

“Pertemuan kedua-dua ini sentiasa menyajikan perseteruan sengit, bagus untuk permainan dan sukan ini. Tetapi pemain saya mempunyai motivasi tambahan untuk berdepan perlawanan esok bagi dapatkan gangsa.”

Bangkitlah Harimau Muda Demi Maruah! 4

“Malah dalam perlawanan separuh akhir menentang Vietnam, saya tidak pernah melihat sebuah pasukan yang bersemangat begitu tinggi untuk capai sesuatu buat negara. “Esok tiada bezanya.” kata pengendali kelahiran Australia itu kepada sidang media.

Malaysia akan beraksi pada pukul 5 petang ini bagi penentuaan nombor tiga dan empat serta pada sebelah malam akan berlangsung pertembungan pingat emas diantara Vietnam melawan Thailand pada pukul 8 malam.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3