Home » Gosip Artis Malaysia » Bandi Amuk Bercadang Bukak Topeng Jika Berjaya Ke Final GV8.

Bandi Amuk Bercadang Bukak Topeng Jika Berjaya Ke Final GV8.

Bandi Amuk atau nama sebenarnya ialah Nasabandi bin Jumat , 54 yang mempunyai imej bertopeng sejak penampilannya bersama amuk masih lagi menjadi tanda tanya kepada peminat tentang bagaimanakah rupa sebenar Bandi Amuk.

Semalam dalam temubual semasa konsert GV8 Bandi ada menyatakan hasratnya untuk membuka topeng jika tersenari ke peringkat akhir GV8.

Bandi yang memperjuangkan genre muzik Heavy Metal, Rock dan Balada Rock dan pada malam GV semalam dia menyampaikan lagunya sendiri dan mendapat sorakan dari peminat yang merindui persembahan darinya.

Tidak berjanji tapi jika diizinkan dia akan membuka topeng sekiranya berjaya mara ke peringkat akhir
atau berada di tangga teratas dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8).

Walaupun ada sesetengah peminat yang pernah melihat wajahnya tanpa topeng tapi tidah pernah ditayangkan dalam program atau siaran lansung atau untuk tatapan umum.

Bandi yang tidak terlau berharap untuk menjadi juara tetapi masih beselorah jika kemenangan miliknya ianya adalah satu bonus yang besar dalam menaikkan kembali namanya dipersada tanah air.

Katanya lagi, hasrat untuk membuka topeng ini bukanlah sesuatu yang dipaksa namun dia menyatakan bahawa ingin membuka peluang kepada dirinya sendiri untuk menceburi pelbagai lagi bidang dalam industri seni.

Kemunculan awal Bandi Amuk ialah pada tahun 1979 dan pada asalnya dia adalah vokalis kumpulan Febians (atau dikenali sebagai D’Febians dan The Febians) yang pernah terkenal dengan lagu Untuk Mu Sayang dan merangkul kemenangan dalam pertandingan Juara Rock 1983.
Bersama Febians, dia merakamkan album Febians (1988), diikuti 1001 Malam (1989), Satu Antara Sejuta (1991) dan Lang Buana (1994) dan seterusnya dikenali dengan nama Bandi selepas penubuhan kumpulan Amuk yang terbit dengan album sulung berjudul Tanpa Prejudis (1998).
Antara lagu popular yang melonjakkan nama Amuk ialah seperti Matahari, Akar Dan Bumi, Jernih, Aku Mahu Pulang, Hakikat dan Damai.

Sehingga kini, Bandi telah merakamkan 13 buah album dan 130 buah lagu.

Penafian – Bahan yang admin kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Bandi Amuk Bercadang Bukak Topeng Jika Berjaya Ke Final GV8.” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes