Balik Dari Tunai Haji, Imej Berhijab Nelydia Senrose Dipuji Ramai

Selamat menjalani ibadah haji,  difahamkan Nelydia Senrose dan juga suaminya, Mohd Hafez Halimi sudah pun selamat sampai ke tanah air.

Baru-baru ini juga, tular perkongsian seorang netizen di Tiktok dan jugak Instagram mengenai imej berhijab Nelydia selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji.

Menerusi video itu dikongsikan

Nelydia dilihat anggun memakai sepasang jubah serta tudung bawal berwarna hijau lembut dalam satu majlis kesyukuran sempena selamat pulang dari Mekah. Lihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan pelakon itu serta gembira dengan imej sopan Nelydia yang sangat cantik dan lebih ayu.

Nelydia dalam video tersebut, netizen turut memuji wajah pelakon itu yang semakin berseri selepas menunaikan rukun Islam yang ke-5 itu. Walaumanapun ramai yang mendoakan Nelydia agar akan terus kekal istiqamah untuk menutup aurat dengan secukupnya.

 

Balik Dari Tunai Haji, Imej Berhijab Nelydia Senrose Dipuji Ramai 4

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3