Bakal Pengantin Ajak Rakan Jadi ‘Bridesmaid’ Tapi Siap Minta RM500 Seorang

Bakal pengantin selalunya memang akan bersiap sedia membuat persiapan majlis perkahwinan beberapa bulan lebih awal kerana ada banyak hal yang perlu diselesaikan. Bagi pengantin perempuan pula, bridesmaid antara isu penting yang perlu dimaklumkan awal untuk memberikan masa kepada mereka melakukan persiapan seperti soal baju dan sebagainya.

Baru-baru ini juga, perkongsian dari seorang wanita ini menjadi tumpuan ramai apabila dia berkongsikan mesej perbualan di antara dia dan rakannya ini. Menurut perbualan itu, rakannya memberitahu akan berkahwin pada bulan Januari tahun hadapan dan juga telah memaklumkan berita gembira itu kepada wanita tersebut.

Bakal Pengantin Ajak Rakan Jadi ‘Bridesmaid’


Pada seawalnya wanita itu turut sama gembira mendapat berita gembira itu dan pastinya tumpang bahagia dengan perkhabaran itu. Bukan itu sahaja, rakannya kemudian meminta wanita itu untuk menjadi bridesmaid semasa majlis perkahwinannya berlangsung itu.

@aqilajohan I dont know la… #majliskahwinkaukan @zalinajenner ♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

Malah apa yang membuatkan netizen terkejut ialah bakal pengantin itu meminta bayaran sebanyak lima ratus ringgit seorang untuk setiap rakan yang akan menjadi bridesmaid pada majlisnya nanti.

Menurut, bayaran itu juga adalah sebagai sumbangan dan ‘contribution’ untuk majlis perkahwinannya itu. Lebih memeningkan kepala lagi, bayaran itu tidak termasuk dengan baju yang perlu dipakai oleh para bridesmaid yang dilantiknya.

Bakal Pengantin Ajak Rakan Jadi ‘Bridesmaid’ Tapi Siap Minta RM500 Seorang 1 Bakal Pengantin Ajak Rakan Jadi ‘Bridesmaid’ Tapi Siap Minta RM500 Seorang 2

Turut,  dikongsikan itu menerima pelbagai reaksi dari netizen yang turut sama terkedu melihat permintaan bakal pengantin ini. Malah ada yang menganggap agak keterlaluan untuk bakal pengantin itu meminta wang daripada bridesmaid untuk majlis perkahwinannya sendiri.

Bakal Pengantin Ajak Rakan Jadi ‘Bridesmaid’ Tapi Siap Minta RM500 Seorang 3

Bakal Pengantin Ajak Rakan Jadi ‘Bridesmaid’ Tapi Siap Minta RM500 Seorang 4

Bakal Pengantin Ajak Rakan Jadi ‘Bridesmaid’ Tapi Siap Minta RM500 Seorang 5

Bakal Pengantin Ajak Rakan Jadi ‘Bridesmaid’ Tapi Siap Minta RM500 Seorang 6

Baca juga: Aril Pilus Pernah Alami Tekanan Dan Berkongsi Keadaaan Terkini


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3