Bajet 2023 Malaysia dijangka akan lebih mengembang dan mengutamakan rakyat dengan sasaran untuk mencapai matlamat kemampanan dan pendigitalan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) oleh Bank Dunia.
Belanjawan dijangka akan memperuntukkan lebih banyak sumber kepada pendidikan dan kesihatan selain situasi bermusim seperti banjir dan pilihan raya, menurut Apurva Sanghi, Ketua Ekonomi Bank Dunia.
Baca juga:
- Bantuan Perbelanjaan Harian Sehingga RM350 Sebulan
- Yayasan Sime Darby Tawaran Biasiswa Untuk Pelajar Ijazah Sarjana Muda
Sejumlah RM32.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan. Ia merupakan peruntukan kedua terbesar selepas pendidikan dalam meneruskan usaha membendung Covid-19 menerusi program vaksinasi dan kemudahan perkhidmatan kesihatan awam yang lebih baik.
Sekadar info, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 6 Ogos, Malaysia masih mempunyai beberapa ruang fiskal untuk menangani cabaran tekanan harga memandangkan nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara berada pada 60 peratus.
Terdahulu, menurut Tengku Zafrul juga, walaupun had siling hutang statutori telah dinaikkan kepada 65 peratus daripada KDNK daripada 60 peratus sebelumnya, kerajaan berusaha keras untuk mengehadkan sasaran desfisit fiskal pada 60 peratus daripada KDNK.