BAJET 2023: Bantuan One Off Tertinggi, BKM RM 2,500 Untuk Isi Rumah 5 Orang Anak Atau Lebih


Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dalam pembentangan bajet 2023 sebentar tadi telah mengumumkan akan menambah baik Bantuan Kewangan Bermula RM2, 500 kepada isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih.

Manakala bagi golongan isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,500 dan menanggung anak satu hingga empat orang anak pula akan menerima bantuan BKM dari RM1,000 hingga RM2,000.

Selian itu, bagi individu bujang pula termasuk warga emas yang tiada pasangan, masing-masing akan menerima bantuan BKM berjumlah RM600 dan RM350 bergantung kepada pendapatan bulanan mereka.

Dalam pada itu, kerajaan juga bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan kepada semua murid tanpa melihat pendapatan ibu bapa mereka. Lebih menggembirakan semua murid, kadar bantuan itu juga turut dinaikkan kepada RM150 dari RM100 sebelum ini.

Mohon Bantuan : Bantuan Skim Jaya Usahawan Belia RM2000 – RM5000




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3