Bagaikan Aksi Pra-Final Piala FA!


Liga Super Malaysia. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

JDT Kekal Di Kedudukan Teratas Liga

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas meraih kemenangan 2-1 mengatasi Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi.


Kemenangan di tempat lawan itu menyaksikan JDT mengumpul 38 mata daripada 14 perlawanan sementara TFC di tempat kelima dengan 17 mata menerusi 13 perlawanan.

Skuad kendalian Nafuzi Zain bermula dengan baik apabila berjaya menghasilkan percubaan seawal minit kesembilan namun berjaya disekat pertahanan lawan.

Terengganu sekali lagi memiliki peluang untuk mendahului dua minit kemudian, pemain pinjaman, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim, gagal menyempurnakan peluang terbaik susulan percubaan tersasar.


Ketiadaan pemain sayap, Faisal Halim dan pemain import, Manuel Ott menyaksikan kurang berkesan corak permainan ketika menyerang sementara seorang lagi tonggak import, Petrus Shitembi, dikeluarkan pada minit ke-16 kerana masalah kecederaan.

Berjaya menyerap tekanan, JDT akhirnya berjaya menemui peluang pada minit ke-31, Bergson yang mendapat umpanan jarak jauh Afiq Fazail, memastikan pelawat mendahului perlawanan.

Bersambung dalam separuh masa kedua, skuad pelawat tidak menunggu lama untuk menambah jaringan kedua menerusi rembatan dari luar kotak penalti Fernando Forestieri pada minit ke-47 yang gagal ditepis penjaga gol, Rahadiazli Rahalim.


Pada minit ke-50, Terengganu berjaya mengurangkan defisit jaringan selepas sepakan percuma Mohamad Hakimi gagal ditampan penjaga gol, Farizal Marlias, sebelum bola menerjah jaring pelawat.

Tiga minit selepas itu, Nik Muhammad Sharif Haseefy berpeluang untuk menyamakan kedudukan selepas mendapat peluang di sebelah kanan pintu gol hasil umpanan Sherman, namun rembatannya sedikit tersasar dan kedudukan muktamad kekal memihak kepada JDT dengan kemenangan 2-1.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3