Bagaikan Aksi Final! Walaupun Kalah Ia Bermaruah, Syabas Harimau Muda!


Sukan Sea Hanoi. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Perit kekalahan perlu ditelan namun perjuangan masih belum selesai. Walaupun pingat emas tidak lagi dikejar namun pingat gangsa masih ada dan boleh menjadi pengubat duka.

Persembahan yang dipamerkan skuad bawah 23 tahun Malaysia malam tadi layak dipuji selepas mempamerkan disiplin bertahan yang baik dengan mengekang Vietnam menjaringkan gol yang banyak dilaman sendiri serta berjaya mengheret Vietnam ke masa tambahan.

Gol masa tambahan daripada Nguyen Thien Linh menyekat hajat skuad B-23 negara untuk ke final acara bola sepak Sukan SEA Vietnam selepas tewas 0-1 dalam aksi separuh akhir di Stadium Viet Tri, Phu Tho malam tadi.

Tanpa menggunakan kelonggaran tiga slot pemain lebih usia, skuad muda negara mempamerkan permainan disiplin sejak dari awal permainan dan kerap mengancam kubu lawan dengan serangan balas pantas dan sepakan penjuru.

Vietnam yang turut diperkuatkan dengan penyerang berusia 25 tahun, Thien Linh kelihatan seperti mati akal untuk menggugat pertahanan Malaysia dan hanya dapat melakukan satu percubaan tepat sepanjang 45 minit pertama.

Malaysia mendapat empat sepakan penjuru sepanjang babak pertama dan satu daripadanya hampir membutirkan jaringan tetapi sepakan jarak jauh Nik Akif Syahiran Nik Mat diselamatkan penjaga gol lawan.

Dengan aksi bertahan lebih ekstrem dalam separuh masa kedua, kepenatan mula membelenggu pemain-pemain negara sehingga ada di antara mereka mula mengalami kekejangan otot antaranya penyerang utama, Luqman Hakim Shamsudin.

Pun begitu, disiplin bertahan yang dipamerkan barisan bimbingan Brad Maloney itu masih di tahap tertinggi dan menyukarkan gerakan serangan tuan rumah.

Dengan keputusan terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan untuk menentukan pemenang.

Satu kesilapan daripada Quentin Cheng biarpun dia beraksi cemerlang sepanjang perlawanan telah memberikan ruang untuk Vietnam memperoleh gol kemenangan dimana Tien Linh menanduk masuk bola sepakan percuma ketua pasukannya, Do Hung Dung, untuk menewaskan Azri Ghani.

Malaysia kemudian meningkatkan asakan dalam memburu gol penyamaan tetapi hantaran terakhir kerap-kali mengecewakan.


Dengan kekalahan itu, skuad negara seterusnya akan berdepan Indonesia bagi perlawanan penentuan pingat gangsa pada 22 Mei hujung minggu ini manakala Vietnam pula akan menghadapi Thailand dalam aksi final di Stadium Nasional My Dinh pada hari yang sama.

Penafian – Semua yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Bagaikan Aksi Final! Walaupun Kalah Ia Bermaruah, Syabas Harimau Muda!” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia