Baby Shima Bergelek Sakan Dengan Pakaian Ketat , Penonton Jadi Malu Tengok Persembahan


Baby Shima sememangnya penuh kontroversi kerana sering berkongsi video bergelek dan bepakaian ketat di khalayak ramai. Walaupun sudah beberapa kali di kecam dan dikritik kerana pakaiannya itu dan aktiviti gelaknya itu namun Shima masih belum berhenti melakukannya.

Baru – baru ini tular video klip bersama Dato Aliff Syukri , yang mana Shima dilihat begitu ghairah menari disisi Aliff Syukri dengan pakaian yang menjolok mata demi video klip untuk lagu terbaru daripada Dato Aliff.


Tidak pernah serik dikutuk dan dikecam , kali ini Shima dilihat bergelek sakan di depan khalayak ramai semasa menyampaikan lagu di sebuah program yang dihadiri oleh ramai orang  di Aeon Danau Kota, Kuala Lumpur.

Melalui video yang telah dimuat naik oleh pengguna TikTok, Shima dilihat sedang menyanyikan sebuah lagu sambil bergelak disaksikan oleh para tetamu yang hadir.

Namun tarian yang menggairahkan daripada Shima itu nampaknya menimbulkan rasa kurang senang penonton yang hadir sehingga terlihat beberapa individu cuba menundukkan pandangan .


Malah penonton yang hadir rata- rata daripada golongan lelaki dan berada di hadapan pentas dikatakan terkejut apabila Shima tanpa segan silu bergelek sakan diatas pentas dengan seluar dan baju yang sangat ketat .

Netizen Marah

Pelbagai maklumbalas yang ditinggakaln diruangan komen hantaran tersebut yang mana orang ramai mempersoalkan mengapa pihak penganjur menjemput Shima untuk membuat persembahan kerana dikatakan tidak sesuai dengan imej yang ditampilkan.

BACA INI : Teguran Terbuka Untuk Aliff Syukri Dan Baby Shima – Pu Syed


Baby Shima memang terkenal dengan genre dangdut dan suka bergelek sepatutnya tidak dijemput di program tersebut kerana ramai yang hadir tidak kira orang dewasa atau kanak- kanak dan tidak sesuai dengan budaya orang Malaysia.

Namun masih ada yang menitipkan doa serta nasihat agar Baby Shima insaf dan menyedari kesilapannya itu dan berubah kearah yang lebih baik .




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3