“Baby Dah Mereput Pun Nak Cover ,” – Diva AA


Selebriti yang dikenali sebagai Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA kini kembali menjadi sorotan media apabila telah tampil memprovok seorang artis Malaysia baru – baru ini.

Dia yang sememangnya bermulut lantang tanpa rasa bersalah sentiasa bersuara serta meluahkan pandangnya tanpa memikirkan pendapat oramg lain.

Dalam satu ciapan di Twitter miliknya , dia sempat memuji pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kerana memuat naik gambar bayi ketiga mereka yang baru saja dilahirkan pada pagi Isnin lalu kepada umum.


Malah Diva AA juga turut memuat naik keratan artikel mengenai perkongsiaan foto yang dibuat oleh pasangan selebriti  tersebut yang berkongsi wajah serta nama anak mereka untuk tontonan umum.

Namun disebalik kepujian yang diberikan kepada pasangan itu , Diva AA sempat juga memberikan kata-kata yang menyindir pasangan selebriti yang masih menutup wajah anak mereka biarpun sudah lama dilahirkan.

Dan nampaknya perkara itu telah menarik perhatian netizen dan juga media malah yakin semua tahu siapakah gerangan pasangan selebriti yang dikatanya itu.


Rata- rata netizen memberikan komen pada posting berkenaan yang mana ada yang tidak bersetuju dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Diva AA kerana dikatakan terlalu keras dan tidak enak didengar.

Namun ada juga yang menyukai pandangan Diva AA kerana menganggap pesangan selebriti tersebut terlalu over kerana sering menutup rupa anak mereka tetapi masih lagi meletakkan gambar anaknya di media sosial.

Tidak memberikan nama bagi pasangan artis tersebut tetapi netizen tetap berteka teki dalam memberikan komen kepadan hantaran tersebut dan memberikan pendapat mereka sendiri berkenaan perkara tersebut.



Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3