Azzam Sham Sempat Buat Persembahan Sebelum Menikah.


Permulaan hari pada tahun 2022 menjadi pilihan ramai untuk melangsungkan perkahwinan termasuk pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwani Shamsulbahri.

Azzam dan pasangan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi Sabtu lalu yanh mana pengantin lelaki ,Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 25, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 serta cincin dan gelang buat isterinya.

Dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan awal pagi ini diadakan secara tertutup dihadiri oleh ahli keluarga terdekat malah wang hantaran juga dirahsiakan.

“Saya kini sah menjadi suami kepada Sheryl pada jam 10 pagi dan disaksikan ahli keluarga serta kenalan rapat,” katanya kepada mStar.

Pasangan ini juga diraikan dalam majlis resepsi di Shah Alam yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan sahabat handai mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

PAda malam sebelum menikah, Azzam muncul di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik dengan mempertaruhkan single Cinta Jangan pergi Ciptaan Asfan Shah dan Fedtri Yahya. Dia yang merasa lega dan bersyukur walaupun sedikit gementar kerana terpaksa memikirkan persediaan di pentas semifinal dan persediaan menuju hari bahagia sekaligus namun tetap memberikan persembahan terbaik.

Bersyukur kerana diberi peluang ke pentas semifinal dan semalam setelah semua berentap dan juri telah menentukan lagu yang bakal mara ke final AJL namun lagu yang dinyanyikan Azzam tidal terpilih dalam kalangan artis yang lain.

Kali ini kecundangan walaupun sudah ke semifnal dan akan berusaha dengan lebih baik pada masa akan datang jika diberi kesempatan lagi. Azzam masih muda dan banyak lagi peluang yang bakal tiba.

Pasangan Azzam dan Sheryl mengenali antara satu sama lain selama lebih enam tahun sejak mereka bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama.

Manakala mereka mengambil keputusan unutk bertunang pada 30 September tahun lalu yang juga merupakan tarikh hari lahir isterinya tersayang.


Selain Azzam dan Sheryl, penyanyi Heliza Helmi turut bernikah pada Sabtu bersama ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan diatas hanyalah tutorial dan ringkasan yang related dengan “Azzam Sham Sempat Buat Persembahan Sebelum Menikah.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia