Azmi Saat, penyanyi yang pernah trending kerana berjaya membawa lagu Romancinta di AJL29 merancang untuk menghasilkan satu single khas untuk mengenang arwah anaknya yang sudah meninngal dunia pada 30 September 2021, yang mana melodinya dicipta oleh Ajai, manakala lirik ditulis Ahmad Fedtri Yahya.
Khairul Azmi Bin Mohd atau yang senang dipanggil Azmi Saat ada memberitahu bahawa isterinya, Nazira Muhammad sudah beransur pulih dari kesedihan dan mereka saling memberi kata-kata semangat untuk lebih kuat dan cekal.
Sepertinya Azmi, 34 tahun, kini sudah akur dengan ketentuan Allah s.w.t dengan takdirnya. Seperti yang semua sedia maklum bahawa mereka sangat berharap untuk bergelar ibu bapa dan telah berusaha selama 10 tahun. Dimaklumkan bahawa semasa awal kandungan isterinya memang mudah namun rezeki tidak memihak kepada mereka dan kehilangan anak mereka selepas 3 hari dilahirkan.
Azmi Saat mengakui sangat rindu untuk membuat persembahan di hadapan penonton dan peminat seperti dahulu.
Dia meluahkan rasa bersyukur keranan sudah dapat kembali bekerja untuk menjana pendapatan dalam bidang nyanyian dan dia percaya setiap lagu yang dihasilkan ada tarikannya tersendiri .
“Sejak kerajaan memberi kelonggaran bekerja, saya dan Caliph Buskers sudah mula mendapat tawaran ‘shooting’ untuk program TV dan acara diadakan oleh syarikat korporat” , kata Azmi.