Nur Suhada atau senang digelar Ayda Jebat yang lahir 17 Mac 1992 merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia Musim ke-9 . Dia yang mula popular selepas tersingkr dari Akademi Fantasia dan mula dikenali ramai menerusi banyak drama dan beberapa buah filem.
Ayda bertunang dengan pengacara dan pelakon Nabil Mahir pada 28 April 2020 iaitu bersempena dengan ulang tahun Nabil yang ke-32. Pasangan ini bertunang secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet dan diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.
Pada tarikh 21 Semptember 2021 , Ayda Jebat melahirkan puteri sulungnya yang diberi nama Ana Nayla dihospital ditemani oleh suami tercinta serta berkongsi video di Ig miliknya tentang hari bahagia mereka.
Ayda yang mula langsing selepas melahirkan anaknya mengakui melalui fasa mencabar dalam meguruskan segala hal tentang anaknya dalam tempoh berpantang walaupun dia sangat bahagia menatap wajah anak sulung kesayangannya itu.
Ayda yang sudah dua bulan menimang cahaya mata,berkongsi berat badan yang semakin berkurang akibat dari meguruskan anaknya walaupun makan dengan banyak dan tidak berdiet.
Ayda yang juga terkejut apabila berat badannya turunsehingg 45 Kg dan badan menjadi semakin kecil mengakui sedikit letih kerana menyusukan badan anaknya.
Dia yang sering berkongsi moment bahagia bersama suami dan anaknya bersyukur kerana dapat menghabiskan masa bersama anaknya dalam tempoh berpantang walaupun penat dan sedikit sibuk.
Suaminya Ayda iaitu Nabil Mahir juga sangat membantu Ayda dalam meguruskan dia dan anaknya .Dia mengakui bahagia kerana mempunyai suami yang sangat memahami dan banyak menghabiskan masa bersama dia dan anaknya.