Australia Mungkin Akan Membuka Pintu Sempadan Kepada Rakyat Malaysia Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR, 6 NOVEMBER 2021 – Malaysia dan Australia sedang berunding mengenai kemungkinan semula sempadan diantara kedua-dua negara secepat mungkin, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang bercakap di majlis pertemuan rakan sejawatannya dari Australia Marise Payne hari ini.

Beliau juga berkata, menteri kesihatan kedua-dua negara juga sedang membicangkan mengenai perkasa sama dan berharap ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Apa yang dipersetujui adalah, ia perlu melalui beberapa peringakat. Apa fasanya, ia akan diumumkan kemudian iaitu apabila menteri kesihatan kami sudah bersedia, tetapi menurut pemahaman peringkat menteri luar, kami perlu membenarkan orang ramai melakukan perjalanan,” katanya pada media bersama dengan Payne.

Terdahulu, Saifuddin bersama Payne mempengerusikan Mesyuarat Tahunan Menteri-menteri luar Malaysia-Australia (AFMM) ke-4.

AFMM itu sebenarnya adalah mesyuarat pertama yang telah diadakan selepas kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Australia melancarkan Kerjasama Komprehensif Strategik pada 27 Januari 2021.

Sementara itu, Payne berkata seperti di Malaysia, Australia juga mempunyai kawalan yang sama ketatnya di dalam negara dan di sempadan disebabkan pandemik COVID-19.

Beliau berkata Australia membuka semula sempadannya secara bertahap dan teruja untuk menyambut kembali ketibaan pengembara antarabangsa, termasuk penuntut dari Malaysia.

“kami tahu betapa mereka menantikan saat ini dan kita juga mengalukan-alukan penuntut Malaysia ke Australia, dan dirasakan, ia akan bermula (kebenaran perjalanan) tidak lama lagi.

“Tetapi kami perlu laksanakan melalui beberapa fasa seperti kata menteri (Saifuddin), melibatkan kedua-dua sistem, merangkumi vaksinasi dan sistem kesihatan,” katanya.]

Mesyuarat itu turut menyentuh pelbagai bidang di bawah kerja CSP seperti perdagangan termasuk pelaburan, pendidikan, pertahanan, pelancongan, hubungan antara rakyat serta kerjasama selepas pandemik COVID-19.

Payne dalam lawatan kerja selama tiga ke Malaysia bermula jumaat hinga 7 November 2021.

Beliau turut dijadual bertemu Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Sumber: BERNAMA


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3