Aston Martin DBX707 SUV Paling Mewah Dan Berkuasa Tinggi


Kenderaan Aston Martin yang Versi DBX707 ini sebenarnya adalah sebuah SUV mewah yang paling berkuasa dalam segmennya. DBX 707 menghasilkan output sehingga 707PS dengan tork setinggi 900Nm dengan peningkatan 157PS serta 200Nm berbanding DBX. Rangkaian kuasa 4.0 liter V8 turbo berkembar dari AMG itu ditala semula pada pemetaan enjinnya, selain menukar ball bearing pada sistem turbo bagi meningkatkan kuasanya.


Disamping itu, transmisi automatik sembilan kelajuan asal torque converter digantikan dengan transmisi klac basah untuk peningkatan tork itu. Kuasa itu disalurkan ke sistem AWD yang disemak semula, selain menggunakan LSD yang dinaik taraf. Kuasa itu juga boleh disalurkan 100 peratus ke roda belakang. menjadikan SUV mewah yang paling berkuasa berbanding Lamborghini Urus (650 PS) dan Bentley Bentayga Speed (635 PS).

Sumber: youtube

Namun, apa yang menariknya adalah jentera itu boleh memecut sehingga pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.33 saat dan kelajuan tertinggi mencapai 310 km/j, berbanding DBX hanya mencatatkan 4.5 saat (0-100km/j) dengan kelajuan tertinggi 291km/j.


Fakta Menarik Mengenai Prestasi Aston Martin DBX707

  • 0-100km/j – 3.3 saat
  • 0-160km/j – 7.4 saat

Ini disebabkan enjin yang sangat berkuasa, sistem brek juga dinaik taraf dengan cakera seramik karbon 420 mm di hadapan dengan angkup brek enam omboh, manakala 390 mm serta angkup brek empat omboh di belakang. Biarpun bentuknya hampir sama dengan DBX, DBX707 tampil sedikit berbeza  terutama pada gril hadapan yang lebih besar sebagai sistem penyejukan terhadap enjin, kotak gear dan brek. Ia juga hadir dengan splitter baru untuk meningkatkan tahap aerodinamik.

Sumber: google image


Walaubagaimanapun, bahagian belakang hadir dengan diffuser yang terkeluar sedikit dari bampar serta menggunakan empat tip ekzos yang lebih besar serta spoiler belakang yang lebih dramatik. Rim pula adalah standard saiz 22 inci dan boleh dinaik taraf kepada saiz 23 inci. Menjengah ruang kabin, DBX707 didatangkan tempat duduk sports dengan 16 larasan dan sistem pemanas. Ia kini lebih banyak menggunakan material gentian karbon terutama pada konsul tengah.

Namun, sebenarnya kosmetik dalaman itu boleh kustom mengikut kemahuan pemiliknya kerana ia telah ditawarkan dengan pilihan material gentian karbon dan kemasan berwarna gangsa.Infomasi pemandu pula boleh dilihat pada skrin 12.3 inci TFT, selain infotaimen adalah 10.25 infi TFT.

Sumber: google image


Dan memandangkan ia adalah sebuah SUV paling mewah, ruang but belakang mempunyai kapasiti 632 liter yang boleh banyak mengisi barang. Harganya pula, ia dijual dengan bermula RM1,098,000 berbanding RM818,000. Harga itu sebelum barangan tambahan kustom, cukai dan sebagainya.

Akhir sekali, walaupun kenderaan yang anda lihat ini, harganya bermula RM1.5 juta kerana ia sudah dikustom dengan beberapa aksesori dan harga itu tidak termasuk cukai dan duti.

 




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3